Selebriti yang dituduh rogol Katie Price, nafi dakwaan

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebelum ini dalam satu rancangan TV, Katie Price telah secara tiba-tiba terlepas cakap mengenai identiti selebriti tersebut. foto-AFP
Sebelum ini dalam satu rancangan TV, Katie Price telah secara tiba-tiba terlepas cakap mengenai identiti selebriti tersebut. foto-AFP

WALAUPUN Katie Price enggan menamakan siapa selebriti yang didakwa telah merogolnya, ramai wartawan sudah mengetahui siapa yang dimaksudkan oleh Katie dan mereka terus bertanya kepada selebriti tersebut.

"Kenapa anda bertanya soalan ini kepada saya? Saya tidak ada kena mengena langsung dengan tuduhan tersebut," kata selebriti itu yang dipercayai adalah individu yang dimaksudkan Katie.

Sebelum ini dalam satu rancangan TV, Katie Price telah secara tiba-tiba terlepas cakap mengenai identiti selebriti tersebut, namun pihak krew rancangan tersebut memutuskan untuk tidak menyiarkannya selepas Katie sendiri menyuruh mereka supaya tidak berbuat demikian.

"Terdapat beberapa orang yang terlibat dalam rancangan TV itu tahu mengenai identiti selebriti tersebut tetapi mereka diberi amaran keras supaya tidak memberitahu kepada sesiapa pun," kata satu sumber.

Menurut seorang teman yang rapat dengan Katie, kejadian tersebut berlaku ketika Katie baru berusia dalam lingkungan 20 tahun.

Ia dikatakan berlaku dalam satu parti yang dihadiri beberapa selebriti di West End, London, beberapa tahun sebelum Katie menjalinkan hubungan dengan Peter Andre.

"10 tahun lepas Katie tidaklah sepopular sekarang.

"Ketika itu Katie terlalu takut untuk melaporkan kepada polis dan sehingga kini dia masih lagi tidak dapat melupakan kejadian tersebut," kata sumber itu lagi.

Difahamkan, Katie pernah menjalinkan hubungan dengan individu yang didakwa merogolnya itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan