Jim Carrey nafikan berita perkahwinannya

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jim dan Jenny mula bercinta sejak 2005. foto-AFP
Jim dan Jenny mula bercinta sejak 2005. foto-AFP

JIM CARREY masih belum berkahwin dengan teman wanitanya, Jenny McCarthy, dalam satu majlis istimewa di Malibu, kata jurucakap Jim Carrey.

Laporan baru-baru ini juga mengatakan bahawa pasangan kekasih ini telah berjanji untuk bersama selama-lamanya di hadapan keluarga dan rakan-rakan mereka.

Pasangan kekasih ini juga dikatakan telah menuju ke Las Vegas untuk berbulan madu, kata satu sumber.

Tetapi, Marleah Leslie yang mewakili Jim menafikan berita perkahwinan tersebut dengan mengatakan berita tersebut adalah tidak benar.

Jim dan Jenny mula bercinta sejak 2005.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan