Anang larang KD nyanyikan lagu ciptaannya

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kris Dayanti dilarang oleh bekas suaminya, Anang, untuk menyanyikan lagu yang dicipta olehnya.
Kris Dayanti dilarang oleh bekas suaminya, Anang, untuk menyanyikan lagu yang dicipta olehnya.

KHABAR terbaru dari seberang, Anang melarang bekas isterinya Krisdayanti (KD) membawakan lagu-lagu ciptaannya.

"Saya tak mahu kalau dia masih menyanyikan lagu-lagu saya. Makanya jika saya ini orang yang dibuang sama dia. Justru, kalau sudah dibuang ya karyanya juga harus dibuang juga," kata Anang seperti yang dilaporkan di dalam media Indonesia.

"Kalau memang dia manusia dan sedar kalau sudah membuang saya, dia tak akan menyanyikan lagi. Seharusnya seperti itu, tapi saya tak tahu kalau dia bagaimana," jelas Anang yang pernah bergandingan bersama Krisdayanti seperti Berartinya Dirimu, Kasih, Buah Hati dan Makin Aku Cinta.

Setelah melafazkan cerai beberapa hari sebelum Ramadan, Anang mengaku yang dia dan KD memang belum pernah lagi bertemu. Bahkan, Anang berkata KD sudah tidak lagi peduli kedua anaknya, Aurel dan Azriel.

Dan disebabkan itu, Anang menganggap KD sudah bukan lagi ibu kedua anak-anaknya.

"Saya rasa dia memang harus dibuang. Saya harus melakukan itu dan itulah harapan saya. Bagi saya dia itu sudah jadi orang lain dan saya tak akan kembali lagi untuk dia. Insya Allah tak akan balik lagi," jelas Anang dengan nada kesal.

Pendirian baru Anang tidak membenarkan KD menyanyikan lagu ciptaannya, maka terputuslah hubungan kerjanya industri musik dengan KD.

Kini, Anang tidak akan menoleh ke belakang lagi dan berharap akan membuat album baru dengan pasangan duet baru, penyanyi perempuan, tetapi bukan KD.

"Saya ingin berbuat begitu. Kalau saya ada cewek lagi, saya pasti akan bikin album lagi. Mmemang kalau seniman, seperti itu," ujar Anang. "Saya akan buat album dengan orang baru. Jadi boleh berduet. Sekarang pun saya tengah susun, asal yang menyanyi itu bukan Krisdayanti," sambungnya.

Bagi pemilihan teman duetnya yang baru itu, Anang tidak ada kriteria khusus.

"Tidak ada pertimbangan untuk mencari pengganti Yanti (KD). Kalau boleh, tidak sama. Kalau mirip itu ada, tapi saya tidak mahu.

"Saya mahu semuanya dirombak," ujar ayah kepada dua anak, Aurel dan Azriel, ini.

"Tapi, saya tak ada syarat khusus. Yang pasti, untuk duet, ini benar-benar versi baru," ujarnya lagi.

Jelas Anang lagi, dia juga akan membuang semua lagu yang dibawakannya berdua KD.

"Saya mahu berduet dengan yang lain, makanya saya akan buang semua yang duet dengan Yanti. Saya mahu tutup kisah itu dan itu 'end the story'. Sudah ada beberapa penyanyi, dan saya akan ajak penyanyi Malaysia," terang Anang, yang menolak cadangan menggandingkan Siti Nurhaliza sebagai teman duetnya yang baru, menggantikan KD.

Setelah berpisah dengan KD, Anang yang berusia 40, kembali berkarya dengan lebih hebat. Segala cetusan rasa dan kedukaan hatinya setelah bercerai diluahkan dalam setiap lagu yang diciptanya.

Antara enam lagu yang dimuatkan dalam album terbarunya ialah 'Separuh Jiwaku Pergi', 'Hidup Ini Rahasia', 'Belajarlah untuk Cinta', 'Bila Cinta Tak Dosa', 'Sakit', dan 'Hujan Pun Menangis.'

Tajuk album terbarunya juga diberi judul sama dengan namanya, Anang.

"Lagu-lagu ini adalah pengalaman hidup saya dan ianya bukannya fiksyen. Syair lagu mengalir begitu saja. Bahkan, ketika melihat hasilnya, saya tak menyangka seperti itu. Ianya seperti satu 'trance' dan tak bisa diulang lagi," katanya.

Anang mengakui, pengalaman batinnya mendorong untuk membuat lagu-lagu itu kerana ia berkaitan dengan masalah kesetiaan, kasih sayang dan pengkhianatan cinta.

Single pertama 'Separuh Jiwaku Pergi' sudah dibuatkan klip videonya dan akan menyusul single kedua, 'Sakit'.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan