'Segunung Harapan' program realiti terbaru Astro Oasis

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUAT julung-julung kalinya, Astro Oasis akan mengadakan sebuah program realiti yang akan dibawakan bersama oleh PRU-BSN yang bakal memaparkan 10 usaha murni insan-insan berhati mulia bagi memenuhi impian murni mereka yang ingin membantu masyarakat setempat.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Tuan Hj Izelan Basar berkata, “Kami di Astro Oasis berasa terpanggil untuk mengadakan program realiti yang seumpamanya di Astro Oasis kerana melihat saluran ini mampu menyedarkan masyarakat bahawasanya Islam menyanjung sikap dan sifat yang terpuji, hidup berkomuniti secara harmoni, yakni saling bantu-membantu tanpa mengira warna kulit, agama dan budaya.

Secara tidak langsung, program realiti ini mampu mendidik orang ramai agar menghargai induvidu-individu yang mempunyai impian-impian murni yang boleh mensejahterakan komuniti setempat.

Kami yakin program realiti ini mampu menarik perhatian orang ramai kerana ia menggalakkan perasaan saling membantu di antara komuniti, khususnya mereka yangkurang bernasib baik sejajar dengan konsep asas takaful iaitu berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu kepentingan bersama.”

Orang ramai dijemput untuk menyertai program realiti ini dengan menghantar penyertaan slogan, “Saya ingin menyertai impian murni…(tidak lebih 100 patah perkataan) beserta butiran peribadi seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon ke alamat: SEGUNUNG HARAPAN, Astro Oasis, Astro Entertainment Sdn Bhd, Ground Floor Wisma Penyayang, No.6, Jalan Equine, TamanEquine, Bandar Putra PERMAI, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Orang ramai juga digalakkan menghantar penyertaan melalui emel ke www.segunungharapan_oasis@astro.com.my. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 September 2009.

Segunung Harapan akan mula ke udara pada bulan Oktober 2009 ini di Astro Oasis.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan