Natasha Hudson sudah puas nampak jelita

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Natasha melakonkan watak ikan buntal dalam 'Muzikal Gamat' yang akan dipentaskan mulai 2 hingga 8 Oktober ini. -foto The Star oleh RICKY LAI
Natasha melakonkan watak ikan buntal dalam 'Muzikal Gamat' yang akan dipentaskan mulai 2 hingga 8 Oktober ini. -foto The Star oleh RICKY LAI

WAJAH jelita bukanlah taruhan aktres, model dan pengacara Datin Natasha Liana Hudson untuk menceburi industri lakonan ini kerana penulis buku puisi kanak-kanak ini sebolehnya mahu mempertaruhkan sesuatu yang tiada dalam dirinya.

Ini kerana dia ingin membuktikan yang wajah Pan Asian dan jelita sepertinya tidak semestinya tidak mampu melakonkan watak seorang yang hodoh.

Wanita berusia 27 tahun ini pernah menghodohkan wajahnya melalui filem ‘Chermin’ namun hanya sekejap dipaparkan babak wajahnya berubah menjadi menakutkan akibat dirasuk.

Kali ini, dia bersedia untuk ‘menconteng’ mukanya demi membawakan watak ikan buntal dalam teater ‘Muzikal Gamat’ yang akan dipentaskan mulai 2 hingga 8 Oktober depan di Istana Budaya.

“Buruk ke muka saya?,” soal Natasha saat mula disapa dan ditanya tentang penerimaannya untuk menghodohkan wajahnya.

Muka Natasha disolek dengan alat mekap Shu Uemura oleh jurusolek khas dari butik itu, Surya Zainul, yang menjadi jurusolek artis sejak tiga tahun lalu.

Mukanya bukan sahaja disolek penuh dengan pembayang mata berwarna kuning, dilukis dengan bulatan besar warna hitam pada kedua belah matanya, dioles dengan gincu berwarna kuning malah turut ditampal dengan pelekat berduri dengan warna yang sama.

Ditanya sama ada Natasha selesa atau tidak dengan apa yang dilakukan pada wajahnya itu, ibu kepada Nessa Halena ini hanya menggeleng.

“Ini memang kerja saya kerana ingin nampak berlainan selain nampak jelita.

“Untuk berkarya, saya suka untuk menerokai sisi lain dalam kerja saya dan mencuba sesuatu.

“Apabila muka saya diubah dengan menggunakan mekap dan kostum, barulah saya boleh menjiwai watak itu,” katanya sambil tersenyum selepas mencuci mekapnya dengan ‘Cleansing Oil Shu Uemura’.

Tambahnya, dia memang menggunakan produk Shu Uemura dan secara tak langsung telah mencadangkan kepada pihak jenama itu untuk berkolaborasi dengan teater alam laut pertama di Malaysia itu.

“Produk Shu Uemura sesuai untuk teater ini kerana ia mempunyai warna-warni yang menarik untuk ‘stage’ dan ini merupakan projek pertama Shu Uemura dengan Istana Budaya,” ujarnya.

Dengan memilih konsep ‘Mode Makeup’, Shu Uemura menyediakan 108 jenis warna pembayang mata empat tekstur yang berlainan, 93 jenis gincu dengan mengetengahkan warna seperti biru, kuning, ungu, hijau, putih dan hitam untuk membawa watak-watak hidupan laut.

Produk lain, 80 bulu mata palsu rekaan khas Shu Uemura yang dikraftangan oleh artis Shu Uemura, Taisu. Seorang lagi jurumekap yang turut terlibat untuk mengubah wajah para pelakon adalah Emma Mustafa.

Dimaklumkan, dalam 12 jurumekap dari Istana Budaya juga akan digunakan untuk membantu memandangkan mereka perlu menyolek 82 orang pelakon manakala seorang pereka tatarias untuk muzikal ini adalah Istiadzah Ishak atau Istie.

Selain teruja untuk mengubah wajah jelitanya, ada perkara lain yang memikat hati Natasha untuk menerima tawaran muzikal ini iaitu kanak-kanak.

“Saya nak bekerja dengan kanak-kanak kerana lebih seronok. Lagipun, saya lebih banyak mendalami ilmu teater dan persembahan pentas yang bukan sekadar berlakon tetapi saya juga perlu menari dan menyanyi.

“Lagu dan ‘step’ tariannya sangat comel. Ada dalam empat hingga lima buah lagu yang dinyanyikan beramai-ramai dan dua buah lagu yang dinyanyikan dalam kumpulan buntal sahaja.

“Saya tiada masalah untuk menyanyi kerana nyanyian merupakan ‘passion’ saya dan saya juga pernah menyanyi dalam filem ‘Tipu Kanan Tipu Kiri’

“Saya nak cabar diri sendiri kerana apabila dah dapat jiwai watak, secara automatik lontaran suara kita juga sangat berbeza,” tuturnya.

Menurut Natasha, dia sudah mengetahui tentang tawaran ‘Muzikal Gamat’ ini semasa membintangi teater pertamanya, ‘Muzikal Ibu Zain 2’ melalui produsernya, Siti Rohayah Atan.

“Pada bulan Jun lepas, baru saya betul-betul dapat tawaran ini dan masa tu terus saya menerimanya tanpa mengetahui watak apa yang ditawarkan.

“Saya tiada masalah dengan watak buntal kerana saya bukannya seorang yang pemilih. Watak ini kerja saya dan itu yang kita panggil karya seni. Sama juga seperti seseorang itu sanggup membotakkan rambutnya semata-mata untuk jayakan sesuatu watak itu.

“Apa yang saya boleh buat, saya akan berikan. Sekarang, saya banyak membuat projek indie untuk mencabar diri sendiri. Kalau boleh saya nak buat lagi dengan mana-mana syarikat produksi,” luahnya yang mengidamkan watak antagonis yang sangat kejam, orang buta dan orang bisu.

Disebabkan terikat dengan teater ini, Natasha berkata dia sanggup menolak tawaran tujuh buah drama tetapi masih menantikan ‘lampu hijau’ daripada beberapa buah filem yang terpaksa dirahsiakan.

Penulis buku ‘Puisi Si Pari-Pari’ dan ‘My Heart My Soul My Passion’ terbitan Midmodal Industries ini akan pulang beraya ke Kota Bharu, Kelantan pada 18 hingga 24 September ini.

“Raya tahun ini saya agak bimbang tetapi teruja sebab dah dekat dengan tarikh pementasan.

“Tahun lepas saya beraya dengan anak yang masih kecil tetapi tahun ini dia sudah berusia setahun lebih. Persiapan semuanya serba sederhana dan lebih banyak tumpukan kepada anak,” ujarnya yang belum terfikir untuk menimang cahaya mata kedua kerana sebolehnya ingin menumpukan kepada kariernya yang baru bermula ini.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan