Katie Price: Saya dirogol selebriti terkenal

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"Seorang selebriti yang popular telah merogol saya dan Peter tahu mengenai itu," kata Katie dalam satu lagi pendedahan terbaru. foto-AFP

KATIE Price membuat pendedahan terbaru mengatakan dia pernah dirogol oleh seorang selebriti terkenal dan bekas suaminya Peter Andre tahu siapa yang dimaksudkannya.

Menurut sebuah laman web, Katie sebelum ini beberapa kali mengatakan dia pernah menjadi mangsa seksual tetapi enggan mahu mendedahkan butiran mengenai kejadian itu.

"Seorang selebriti yang popular telah merogol saya dan Peter tahu mengenai itu. Ia terjadi beberapa tahun dahulu, ketika itu saya belum lagi mempunyai hubungan dengan Pete, tetapi kawan-kawan dan keluarga saya tahu mengenai kejadian iut," katanya kepada sebuah majalah.

Mengulas mengenai pendedahan itu, Andre, 36, mengatakan dia tidak tahu menahu mengenai kejadian tersebut sebaliknya menuduh Katie sebagai seorang yang penipu dan berniat jahat.

"Dia (Katie) bercakap mengenai perkara karut, dulu dia katakan pernah dirogol, tiba-tiba dia menghangatkan lagi dakwaan tersebut dengan mengatakan seorang selebriti yang melakukannya .

"Ini bukan perkara main-main, kenapa tidak laporkan sahaja kepada polis," Kata Peter.

Katie terperanjat dengan penjelasan bekas suaminya itu.

"Saya tidak faham kenapa dia nafikan tidak tahu apa-apa mengenai kejadian itu. Pete bukan lagi seperti yang saya kenali dulu.

"Dialah sebenarnya yang berniat jahat kerana tidak mahu mengaku bahawa dia tahu siapa sebenarnya yang melakukan perbuatan itu," kata Katie Price.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan