Faizal tetap balik kampung beraya selepas jalani pembedahan

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Faizal suka bermain futsal walaupun pernah cedera sebelum ini.
Faizal suka bermain futsal walaupun pernah cedera sebelum ini.

PETALING JAYA: Artis yang terkenal dengan lagu popular 'Bencinta', Faizal Tahir tetap berharap dapat beraya di kampung halamannya di Pulau Pinang selepas menjalani pembedahan lutut kanannya pagi ini.

Pengurusnya, Haryadi Rusli berkata, Faizal telah dimasukkan wad ke Hospital Prince Court, Kuala Lumpur sejak semalam dan sedang menjalani pembedahan pada pagi ini.

"Sebelum ini, dia memang mempunyai kecederaan lutut kanannya kerana bermain futsal. Pada Selasa lalu, dia bermain futsal di One Utama dan selepas terjatuh, dia tidak dapat berjalan.

"Dia terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan. Doktor menasihatkannya untuk menjalani pembedahan segera. Menurut doktor, kecederaan itu tidak boleh dibiarkan lama. Jika selepas raya, kecederaan lutut kanannya mungkin melarat," kata Haryadi ketika dihubungi di sini hari ini.

Oleh itu kata Haryadi yang mesra disapa Eddy, Faizal mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan itu sebelum Raya itu.

"Doktor-doktor berjanji akan memberi perhatian perubatan sepenuhnya kepada Faizal. Doktor-doktor memberitahu Faizal boleh jalan dalam tempoh dua atau tiga hari kalau tak ada apa-apa.

"Moga-moga, Faizal boleh keluar pada pagi Ahad ini," tambahnya.

Haryadi memberitahu, pembedahan itu tidak akan menjejaskan rakaman albumnya.

"Untuk persembahan, mungkin dia perlu berehat beberapa bulan tetapi kesemuanya bergantung kepada sejauh mana cepatnya dia sembuh.

"Dia perlukan rehat dan semoga pembedahan itu berjalan lancar. Jika tiada aral, doktor beritahu Faizal boleh balik pada Ahad ini dan dia ingin terus pulang ke Pulau Pinang untuk beraya sambil berehat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan