Ayah Diddy AF4 disemadikan pagi ini

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ayah kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim keempat (AF4) Diddy atau nama sebenarnya Shamsul Hirdy Muhid, 24, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Pasir Gudang, Johor, semalam.

Menurut pengurus Diddy yang hanya ingin dikenali Badrul (Bard), Allahyarham Muhid Liman, 62, meninggal dunia di sisi ahli-ahli keluarganya kerana komplikasi jantung dan buah pinggang.

"Allahyarham meninggal dunia selepas waktu berbuka puasa semalam di rumahnya di Pasir Gudang, Johor. Arwah telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selama 13 hari untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, pada Sabtu lepas, ahli-ahli keluarganya telah membawanya balik ke rumah kerana sakit tenat," kata Badrul ketika dihubungi.

Allahyarham Muhid meninggalkan isteri, Kamariah Ahmad dan enam orang anak, iaitu empat lelaki serta dua perempuan. Diddy merupakan anak kelima.

"Diddy terlalu sedih sekarang dan dia tidak mahu diganggu," ujar Badrul.

Jenazah akan disemadikan di Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang, pukul 10 pagi ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan