Wan Chik redha beraya tanpa M. Rajoli

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wan Chik Daud hanya menyempurnakan Hari Raya pertamanya dengan solat raya Aidilfitri. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Wan Chik Daud hanya menyempurnakan Hari Raya pertamanya dengan solat raya Aidilfitri. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

TUDUHAN mengatakan isteri kedua aktor veteran M. Rajoli, Wan Chik Daud tamak dan berpura-pura menjaga suaminya itu akhirnya membuatkan hubungan mereka terpisah.

Walaupun M. Rajoli dan Wan Chik masih lagi bergelar pasangan suami isteri, namun mereka secara zahirnya sudah tidak berhubung antara satu sama lain.

Masakan tidak, M. Rajoli yang sedang menjalani rawatan akibat menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak dua tahun lalu, dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.

Sebelum ini, sebuah akhbar mengeluarkan dakwaan mengatakan Hassimah yang selama ini bersusah payah menjaga makan minum, pakaian dan menjaga suaminya ketika sakit sebaliknya Wan Chik dikatakan hanya berpura-pura baik di depan orang terutama wartawan dan penggiat seni yang datang menziarah M Rajoli.

Walaupun puas orang mencerca dan inginkan kepastian daripada aktres veteran dan bekas pembaca berita RTM ini, dia hanya mendiamkan diri dengan alasan tidak mahu memburuk-burukkan keluarga isteri pertama suaminya itu.

Namun, ketika ditemui baru-baru ini, Wan Chik akui hubungannya dengan keluarga Hassimah tidak berapa baik tetapi dia enggan mengulas lanjut tentang isu itu.

“Saya tak nak kontroversi lagi..saya tak nak timbul masalah lain yang akan menjejaskan nama ‘uncle’,” katanya yang membahasakan nama M. Rajoli sebagai uncle.

Tambahnya, “Soal suami, saya tak nak cakap lagi dan biarlah saya berseorangan. Saya redha..”

Bagi Wan Chik, matlamatnya kini hanya ingin mencari ilmu akhirat dan sebolehnya tidak mahu dibelenggu dengan soal ‘berbagi suami’ lagi.

Dalam nada tenang, Wan Chik berkata, “Suami adalah pinjaman Allah. Saya nak siapkan diri dan perlu bersedia untuk mencari ilmu akhirat. Saya juga memaafkan sesiapa yang bersalah dengan saya.”

Menurut Wan Chik, sejak dia tidak perlu ‘menunaikan’ apa-apa tanggungjawab terhadap suaminya, kini dia banyak mengerjakan amal ibadat lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ini.

“Sekarang ini, saya banyak mengikuti tadarus al-Quran seperti yang dianjurkan oleh Muzium Kesenian Islam pada 15 Ogos hingga 12 September.

“Tetapi kadangkala tu, saya rindu juga untuk solat berjemaah dan berbuka puasa dengan suami,” ujarnya yang menganggap semuanya telah menjadi kenangan ibarat lagu ‘Tiada Lagi’ nyanyian ‘rocker’ Amy Search.

Jelas Wan Chik, dia menganggap setiap bait lirik lagu ‘Tiada Lagi’ mempunyai persamaan dengan kisah hidupnya.

Ditanya tentang statusnya yang masih bergelar isteri pelawak dan pelakon yang selalu membawakan watak orang warak itu, Wan Chik menjawab, “Kami tetap suami isteri sampai mati.”

Mula belajar hidup seorang diri

Menyentuh tentang aktiviti yang akan dilakukan pada Hari Raya nanti, Wan Chik berkata suasana rayanya pada tahun ini pasti lebih berlainan berbanding tahun-tahun lalu.

“Agenda saya pada Hari Raya pertama ini hanya solat raya Aidilfitri. Saya hanya beraya sendiri kerana anak-anak semuanya pulang beraya ke rumah keluarga sebelah suami dan isteri masing-masing di Singapura dan Amerika.

“Saya mula belajar hidup berseorangan,” katanya yang enggan menceritakan tentang kali terakhir dia melawat M. Rajoli.

Wan Chik lebih suka berkongsi tentang dia terkenangkan saat membawa suaminya melakukan rawatan fisioterapi sebanyak RM1500 sebulan dan kali terakhir dia menemani M. Rajoli adalah pada 27 Mac lalu.

Selain itu, Wan Chik berkata dia terlibat dengan rakaman suara untuk iklan radio dan tv produk jenama Baba’s.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan