Hujan gembira dapat raikan anak yatim

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hujan bergambar dengan anak yatim dan miskin Baitus Sakinah Wal Mahabbah (Sepang).
Hujan bergambar dengan anak yatim dan miskin Baitus Sakinah Wal Mahabbah (Sepang).

BAND indie Hujan meraikan 40 orang anak-anak yatim dan miskin daripada Rumah Kebajikan Raudhatul Ikhwan (Subang Permai) dan Baitus Sakinah Wal Mahabbah (Sepang) dalam majlis berbuka puasa anjuran AlNajwa Productions Sdn Bhd (AlNajwa).

AlNajwa yang merupakan sebuah syarikat produksi pernah menerbitkan beberapa rancangan berbentuk hiburan seperti Mawi di Bumi Anbia , Mawi @ Sydney, berbuka puasa bersama Mawi dan aidilfitri bersama Mawi.

Ini merupakan kali pertama buat anak-anak tersebut berpeluang berbuka puasa di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, sebuah hotel kelas atasan terkemuka.

Sebelum itu, AlNajwa telah membawa anak-anak tersebut membeli belah baju raya di Carrefour Wangsa Maju.

Anak-anak tersebut berpeluang memilih warna baju kegemaran masing-masing.

Di majlis berbuka puasa itu juga, AlNajwa telah meyumbangkan duit raya serta biskut raya kepada semua anak-anak tersebut

En Azhar Ariffin, Ketua Pegawai Operasi AlNajwa telah melahirkan rasa gembira dan ucapan terima kasih kepada Kumpulan Hujan yang sudi ke majlis ini.

AlNajwa ada membuat perancangan untuk bekerjasama dengan Hujan yang akan mengadakan konsert jelajah Malaysia dalam bulan Oktober.

AlNajwa telah membuat perancangan untuk menerbitkan program ala kembara bersama Kumpulan Hujan.

Pihak AlNajwa juga berterima kasih kepada pihak penaja iaitu Carrefour Wangsa Maju serta pihak individu lain iaitu En Mohd Taufik Basir, Pn Shadida Ibrahim dan Cik Rohani Ibrahim kerana turut serta menyumbang kepada anak-anak yatim tersebut.

Mengenai Hujan

- Album kedua mereka berjodol “Mencari Konklusi” telah berada di pasaran.

- Sempena kelahiran album kedua, Kumpulan Hujan sedang membuat perancangan untuk membuat promosi melalui konsert jelajah Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam pada bulan Oktober.

- Pelancaran rasmi album kedua ini akan berlangsung di Kafe Hard Rock, Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2009

- Mereka juga akan melancarkan sebuah lagu raya 'Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda' bersama Kumpulan Nasyid Raihan di mana pelancarannya akan berlaku pada 9 September 2009.

- Nada dering untuk album kedua ini dan lagu raya juga sudah boleh dimuat turunkan melalui mana-mana “telco service provider”.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan