Fizow Omar warisi kepakaran memasak dari Thailand

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bukan saja hebat berbakat besar di dalam bidang lakonan, Fizow juga pandai dalam bidang memasak.
Bukan saja hebat berbakat besar di dalam bidang lakonan, Fizow juga pandai dalam bidang memasak.

SEBAGAI model dan pelakon berbakat besar, Fizow Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar selesa berlakon di depan lensa kamera.

Namanya pula meniti bibir para peminat kerana kehebatan lakonannya dalam filem, drama dan telemovie.

Mungkin ramai tidak tahu Fizow turut selesa 'beraksi' di dapur. Kali ini bukan sekadar untuk rakaman filem, drama dan telemovie. Fizow sebenarnya suka memasak.

"Saya betul-betul suka masak. Saya bolehlah menghasilkan Tom Yam, kerabu menggunakan ikan bilis dan sotong dan macam-macam lagi yang membuat anda kecur liur.

"Biasanya, saya memasak untuk melayan ahli-ahli keluarga, kawan-kawan serta sanak saudara," kata Fizow, 24, ketika dihubungi baru-baru ini.

Pelakon drama bersiri 'Bionik' dan kawan baik pelakon Kamal Adli ini memberitahu dia mewarisi kemahiran memasak dan resipi rahsia makanan Siam itu daripada ibunya yang berasal dari Thailand.

Biarpun sibuk dengan lakonan, Fizow berharap dia dapat mempraktikkan ilmu masakan tersebut. Fizow sudah berkira-kira ingin menjalankan perniagaan makanan Thailand.

Fizow ingin menjadi chef dan memanfaatkan segala ilmu memasak itu. "Bukan sekarang. Saya betul-betul tak tahu bila.

"Tapi kesemua ini dalam perancangan saya untuk dua tahun akan datang," akui bekas pemain bola sepak ini sebelum mencipta nama dalam modeling dan seterusnya industri hiburan.

Untuk mevariasikan makanan yang dijual, Fizow bercadang untuk menyajikan makanan barat. Amboi, rupa-rupanya 'Chef' Fizow ini pandai membuat percaturan dalam bisnes!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Barangkali bakat masakannya yang terpendam itu dapat ditonjolkan sekali gus melonjakkan namanya segah nama Chef Wan.

Ini bagaimanapun tidak bermakna Fizow akan meninggalkan kerjaya lakonannya. Fizow memberi jaminan dia akan terus berlakon kerana darah seni lakonan masih mengalir dalam badannya.

"Saya memasang cita-cita untuk menjadi produser filem dan drama suatu hari nanti bila saya bersedia," kata anak kelahiran Pasir Putih, Kelantan Ini.

Ketika dihubungi, Fizow baru habis menjalani sesi penggambaran filem genre komedi romantik 'Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami!' dan telemovie 'Bonanza'.

"Saya memang sibuk kini kerana jadual kerja agak padat. Buat masa sekarang, Fizow menjalani penggambaran untuk drama 'Awan Dania 2' selain mengacarakan program 'Gen-X'.

"Lepas Raya pula, saya akan terlibat dalam drama 'Kau Laksana Bulan'. Setakat ini, penggambaran telah selesai sebanyak 40 peratus," kata Fizow yang akan mengadakan rumah terbuka Hari Raya di Kota Bharu pada hari raya keempat.

Fizow akan balik ke Haadyai dan Narathiwat untuk pulang berhari raya di kampung halaman ibunya. Bapanya berasal dari Kelantan.

Mengenai status terkininya, Fizow berkata, dia masih membujang walaupun sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon muda , Ainul Aishah Azizun, 24, atau lebih mesra digelar Ain menerusi drama bersiri komedi 'Anak Mami' dan filem 'Nana Tanjung'.

"Harap-harap saya dapat mendirikan rumahtangga sebelum mencecah umur 30 tahun," kata Fizow yang merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik.

Fizow mengakui dia pernah bercinta semasa belajar di Universiti Teknologi MARA tetapi ia tidak sampai ke jinjang pelamin.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna dia serik bercinta tetapi terlalu sibuk dengan penggambaran filem dan drama.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan