Danny Boyle berusaha gandingkan SRK dan Aamir Khan dalam satu filem baru

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemenang anugerah Oskar kategori pengarah terbaik, Danny Boyle, cuba mengandingkan dua bintang terhebat Bollywood, Shah Rukh Khan dan Aamir Khan. foto-REUTERS
Pemenang anugerah Oskar kategori pengarah terbaik, Danny Boyle, cuba mengandingkan dua bintang terhebat Bollywood, Shah Rukh Khan dan Aamir Khan. foto-REUTERS

DUA bintang terhebat Bollywood, Shah Rukh Khan dan Aamir Khan berkemungkinan besar akan bergandingan dalam filem baru 'Bombay Velvet'.

Menurut pengarah filem 'Slumdog Millionaire' itu, Aamir Khan sudahpun bersetuju dan kini beliau sedang dalam rundingan dengan SRK untuk berlakon dalam filem itu.

Filem itu akan diarahkan oleh Anurag Kashyap dan ia berkisarkan tentang kejadian sebenar yang berlaku di Bombay pada tahun 40an.

Filem itu mempunyai tiga watak utama, salah seorang yang akan memegang watak utama merupakan pelakon baru, selain SRK dan Aamir Khan.

Boyle sebelum ini pernah berunding dengan Shah Rukh Khan untuk berlakon dalam filem 'Slumdog Millionaire.

Bagaimanapun rundingan tersebut gagal dan akhirnya watak tersebut diberikan kepada Anil Kaapor.

Belum dapat dipastikan apakah peranan Danny Boyle dalam filem itu kerana Kashyap sebelum ini menafikan laporan bahawa Boyle akan menjadi penerbit.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan