Awal pikul tugas lebih berat dalam Sehati Berdansa 3

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Awal (kanan) bersama Scha dan Fahrin akan bergandingan mengendalikan Sehati Berdansa musim ketiga
Awal (kanan) bersama Scha dan Fahrin akan bergandingan mengendalikan Sehati Berdansa musim ketiga

KREDIBILITI Awal Ashaari sebagai seorang pengacara memang tidak boleh disangkal lagi. Gayanya yang tersendiri membuatkan jejaka berusia 28 tahun ini dilihat antara pengacara muda yang mampu pergi jauh di dalam bidang ini.

Sudah banyak program yang menyaksikan pengacara yang juga seorang pelakon ini tampil sebagai hos. Bermula dengan Beat TV, Awal mengorak langkah dengan begitu baik di dalam bidang pengacaraan.

Dan kini, setelah bertahun-tahun menceburi bidang ini, Awal dilihat terus 'laku' menjadi rebutan untuk mengendalikan pelbagai program.

Terbaru, selain bertindak selaku hos rancangan Rentak Bolly di Astro B4U, Awal sekali lagi dipilih mengendalikan program realiti berbentuk tarian, Sehati Berdansa, yang akan memasuki musim ketiga tidak lama lagi.

Turut serta menjadi hos bagi program itu ialah Fahrin Ahmad yang juga masih kekal sebagai hos utama bergandingan dengan bintang muda, Scha yang dipilih menggantikan Linda Onn.

Berbeza dengan musim-musim sebelum ini, kata Awal, untuk musim terbaru, tugas yang bakal dipikul semakin mencabar.

"Kali ini, saya memang cukup teruja dengan tanggungjawab yang bakal saya galas kelak. Apa yang saya lihat, selama dua musim saya bersama Sehati Berdansa, tugas-tugas yang saya pikul semakin besar.

"Ini satu perkembangan positif untuk saya kerana diberi lebih kepercayaan setiap musim. Untuk musim pertama dulu, saya hanya mengendalikan segmen Di Sebalik Sehati Berdansa dan Detik Sehati Berdansa.

"Masuk musim kedua, tugas saya bertambah kerana saya juga perlu mengacarakan segmen Memori Sehati Berdansa dan Kenali Sehati Berdansa.

"Dan kali ini, tanggungjawab saya bertambah lagi kerana saya akan menghoskan Debaran Sehati Berdansa, iaitu malam 'result show' yang mana sebelum ini ia dikendalikan oleh dua hos utama," ujar Awal yang ditemui pada majlis pengumuman hos Sehati Berdansa musim ini, kelmarin.

Turut diumumkan pada majlis itu ialah perunding tarian bagi musim terbaru ini iaitu Farah Sulaiman.

Ujar Awal lagi, tanggungjawab yang semakin mencabar itu memang amat dinantikan setelah dua musim dia menjadi salah seorang hos program yang akan memulakan siaran di Astro Ria tidak lama lagi.

"Saya bersyukur kerana pihak produksi turut 'menarik' saya ke depan. Maklumlah, sebelum ini saya hanya mengacarakan untuk program-program belakang tabir.

"Memanglah kalau boleh, saya ingin berada di 'frontliner' untuk sesebuah program. Tetapi, dengan tugas baru yang saya akan pikul ini, bagi saya ia sudah dikira bagus," katanya dalam nada ceria.

Secara ringkasnya, Sehati Berdansa merupakan sebuah program realiti tarian yang diadaptasi daripada format program hiburan popular antarabanga.

Sama seperti musim-musim terdahulu, pasangan selebriti yang terlibat akan menari untuk membantu mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan terpilih.

Persembahan pasangan selebriti ini akan diadili dengan sistem pemarkahan sebanyak 50 peratus oleh juri profesional dan 50 peratus lagi daripada undian penonton.

Sehati Berdansa sebelum ini telah menyaksikan pasangan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran muncul sebagai juara musim pertama diikuti dengan pasangan Fauzi Nawawi dan Lisdawati yang tampil sebagai juara musim kedua.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan