Rabbani ke UAE bersama perjuangan Ustaz Asri

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Rabbani bergambar selepas selesai membuat persembahan pada majlis berbuka puasa di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. -foto mStar
Kumpulan Rabbani bergambar selepas selesai membuat persembahan pada majlis berbuka puasa di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. -foto mStar

KETIADAAN Allahyarham Ustaz Asri sebagai peneraju utama kumpulan nasyid terkemuka tanahair Rabbani kini membuatkan mereka lebih kuat dan berusaha untuk meneruskan perjuangan yang telah lama dibawa bersama.

Terbaru, Rabbani akan diterbangkan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2 Syawal yang bakal tiba bagi membuat persembahan pada satu Festival Nasyid di sana nanti.

Menurut salah seorang anggotanya, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, mengatakan Rabbani telah dijemput oleh pihak penganjur di sana untuk membuat persembahan pada majlis penutupan festival tersebut.

"Festival tersebut sebenarnya telah berlangsung selama sebulan sepanjang ramadan di sana, Rabbani telah dijemput untuk membuat persembahan penutup festoval tersebut pada 2 Syawal nanti.

"Perbincangan telah lama dibuat, sebelum puasa lagi pihak mereka telah datang dan berjumpa dengan Ustaz Asri bagi membincangkan perkara ini.

"Namun berikutan pemergian mengejut Ustaz Asri pada 13 Ogos lalu telah menyebabkan perbincangan ini terhenti seketika.

"Tidak lama selepas itu, mereka ada datang berjumpa kami sekali lagi dan menyuarakan hasrat mereka untuk tetap membawa kami ke sana, tetapi kami kata Ustaz Asri telah meninggal dunia dan mereka mengatakan mereka tahu tentang berita sedih tersebut malah mahu kami meneruskannya juga.

"Jadi kami pun memutuskan untuk membuat persembahan di sana dan kami sedang giat menjalani latihan," katanya yang ditemui selepas majlis berbuka puasa dan pelancaran Kembara Ilmu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

Menurut Asri juga, ketika di UAE nanti, Rabbani akan dijemput untuk menghadiri satu sesi temubual di dua stesyen televisyen di sana dan membuat persembahan.

"Di sana nanti, Rabbani akan menghadiri satu sesi temubual dan membuat persembahan di dua stesyen televisyen UAE.

"Tetapi kami masih belum dimaklumkan mengenai nama stesyen televisyen tersebut, apa yang kami tahu, ia hanya sebuah temubual dan persembahan tidak formal sahaja.

Selain itu, Asri turut memberitahu bahawa Rabbani akan cuba berbincang bersama Kedutaan Malaysia di UAE bagi menyusun aktiviti tambahan selama Rabbani di sana nanti.

"Kami merancang untuk menyambut raya di sana bersama rakyat Malaysia atau pelajar-pelajar Malaysia yang menetap di sana...tetapi semuanya bergantung pada waktu.

"Kami akan cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di sana dan berbincang mengenai perancangan kami ini.

"Biasanya semua akan diaturkan oleh pihak kedutaan, jadi kami hanya boleh menyuarakan idea kami dan selebihnya diserahkan kepada pihak kedutaan," jelasnya lagi.

Terlibat dalam program Kembara Ilmu

Rabbani juga akan bekerjasama dengan Al Bayan Corporation Sdn Bhd abgi menjayakan program Kembara Ilmu.

Kembara Ilmu merupakan program Insentif Bahasa Arab (KUIBA) yang akan dijalankan di Jordan, Lubnan dan Syria.

Rabbani akan menyertai peserta program ini membuat lawatan sambil belajar ke tiga buah negara Arab dan Rabbani akan membuat persembahan di beberapa buah universiti terpilih di sana nanti.

Menurut Pengarah Eksekutif Al Bayan Corporation Sdn Bhd, Dato' Mahamud Abdul, Rabbani dipilih bagi menjayakan program ini adalah kerana kredibiliti yang dimiliki Rabbani untuk menarik minat penduduk di sana mengenali masyarakat Melayu.

"Kami memilih Rabbani adalah kerana kami lihat Rabbani mempunyai kredibiliti dalam setiap kerja yang mereka lakukan.

"Objektif utama kami adalah untuk memperkenalkan masyarakat Melayu di sana dan melalui lagu-lagu Rabbani, diharap mampu untuk menarik minat mereka.

"Secara peribadi, saya pernah bekerjasama dengan Rabbani ketika saya mengendalikan sebuah rancangan agama di TV1 suatu ketika dahulu di mana lagu montaj rancangan tersebut telah dihasilkan oleh Rabbani.

"Jadi itu juga adalah antara faktor mengapa Rabbani dipilih untuk menjayakan program ini," katanya.

Rabbani akan membuat persembahan dengan menyanyikan beberapa buah lagu Arab, malah lagu nasyid melayu turut akan dinyanyikan dan terjemahan lagu tersebut dalam bahasa Arab akan diedarkan pada penonton di sana agar mereka dapat memahami maksud yang terdapat di dalam lagu nasyid Melayu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan