Zaefrul tidak pernah terfikir bawa watak Tun Abdul Razak

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zaefrul Nordin memegang watak Datuk Onn Jaafar dalam filem
Zaefrul Nordin memegang watak Datuk Onn Jaafar dalam filem "1957 Hati Malaya".

PELAKON terkenal Zaefrul Nadzarine Nordin boleh dikatakan sangat sinonim dengan watak Allahyarham Datuk Onn Jaafar. Keserasiannya menjiwai watak tokoh negara itu menyaksikan Zaefrul sering memainkan watak tersebut.

Zaefrul adalah Datuk Onn Jaafar dalam filem "1957: Hati Malaya" yang ditayangkan pada 25 October 2007 dan pementasan Muzikal Ibu Zain musim pertama di Istana Budaya dari 12 hingga 18 Ogos 2008 di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur (sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-51).

Berbekalkan kehebatannya menjiwai watak tokoh negara, terdetikkah di hati untuk Zaefrul cuba membawa personaliti dan watak selain daripada Datuk Onn sendiri?

Misalnya, Zaefrul boleh memasang angan-angan menjadi Allahyarham Tun Abdul Razak (TAR) dalam 'Teater Muzikal Tun Abdul Razak' yang baru melabuhkan tirai pada 20 Ogos lalu.

"Tidak pernah terfikir untuk saya bawa watak Tun Abdul Razak (TAR) kerana memang tidak kena pada tempatnya dari segi fizikal serta cara penampilan. Saya lebih serasi memainkan peranan watak Datuk Onn.

"Sudah tentu bagi mana-mana pelakon, watak TAR itu adalah lakonan yang sangat mencabar. Saya yakin Rashidi ialah pelakon yang boleh membawa watak tersebut," kata Zaefrul ketika dihubungi mStar semalam.

Dalam teater muzikal Tun Abdul Razak, watak Tun Abdul Razak dilakonkan oleh Rashidi Ishak sementara Fauziah Latif memegang watak sebagai isteri beliau Tuan Rahah Mohd. Noah.

Zaefrul yang juga pelakon drama bersiri popular, 'Spa Q' itu berkata, dia tidak terkejut dengan pemilihan Rashid sebagai TAR kerana dia sememangnya pelakon yang paling sesuai untuk memegang watak itu.

"Saya akur tidak ramai pelakon terutamanya pelakon baru yang dapat memegang watak TAR," kata Zaefrul yang tidak dapat menonton teater muzikal TAR kerana sibuk dengan penggambaran.

Zaefrul ketika dihubungi baru habis membuat penggambaran untuk drama bersiri 26 episod, "Jongkang-jongket" di bawah arahan Adlin Ahmad Ramli menerusi saluran Astro Mustika dua minggu lalu.

Walaupun artis-artis biasanya kurang terlibat dalam penggambaran di bulan puasa ini, Zaefrul pula lebih aktif. Jadualnya agak ketat sepanjang bulan Ramadan malah malah selepas Hari Raya.

Zaefrul memberitahu, dia akan berlakon dalam komedi "Baju Raya" yang bakal ditayangkan di TV9. Komedi di bawah pengarahan Nor Halim itu mengisahkan halangan yang dihadapi semasa pulang berhari raya.

Dari segi drama pula, Zaefrul akan memegang watak utama iaitu suami kepada Julia Zigler (isterinya) menerusi drama thriller berjudul "Demi Delima".

"Lagi tiga hari (27 Ogos ini), saya akan berlakon dengan Farsha Sandha dalam satu cerekarama untuk TV3. Selepas itu, Spa Q musim ketiga pula bermula.

"Selepas Hari Raya ini, saya terlibat dalam drama siri tarian 'Tari Tirana," katanya yang ingin bercuti selepas semua aktivitinya berakhir.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan