Matt Damon sukar lupakan peristiwa 9/11

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktor Matt Damon yang berlakon dalam filem
Aktor Matt Damon yang berlakon dalam filem "The Informant!" bergambar semasa The 2009 Toronto International Film Festival di The Sutton Place Hotel pada 11 September 2009 di Toronto, Canada. -foto AFP

MATT Damon tidak suka menjelang tanggal 11 September setiap tahun kerana dia sukar untuk melupakan tragedi serangan pengganas di New York ketika itu.

Aktor filem 'The Bourne Identity' itu tinggal di New York ketika sebuah pesawat melanggar bangunan World Trade Center pada tahun 2001.

Menurutnya kejadian ngeri itu masih lagi tersemat dalam ingatannya hingga ke hari ini.

"Pada hari itu saya baru sahaja keluar dari kediaman saya, semasa saya mendonggak ke atas World Trade Centre sudah pun dilanggar oleh sebuah pesawat.

"Saya bergegas masuk ke rumah dan menonton CNN untuk mengetahui apa yang berlaku. Segala yang berlaku pada hari itu tidak dapat saya lupakan sampai ke hari ini," kata Matt Damon.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan