La Toya: Prince dipanggil untuk hidupkan semula MJ

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

La Toya Jackson (kanan) dan Janet Jackson (kiri), berdiri di atas pentas bersama Paris Katherine Jackson (dua dari kiri) dan Prince Michael Jackson II, semasa upacara memperingati Michael Jackson di The Staples Center di Los Angeles pada 7 Julai 2009. - foto REUTERS
La Toya Jackson (kanan) dan Janet Jackson (kiri), berdiri di atas pentas bersama Paris Katherine Jackson (dua dari kiri) dan Prince Michael Jackson II, semasa upacara memperingati Michael Jackson di The Staples Center di Los Angeles pada 7 Julai 2009. - foto REUTERS

LA Toya Jackson membuat pendedahan mengejutkan apabila memberitahu anak sulung Michael, Prince dipanggil ke dalam bilik supaya cuba membantu menghidupkan semula ayahnya.

Dia membuat pengakuan itu dalam satu rancangan TV di Amerika jumaat lepas.

Dalam temebual eksklusif itu, La Toya menjelaskan kepada pengacara rancangan, Barbara Walters bahawa dia terkilan apabila mendapati Prince Michael, 12, dipanggil ke dalam bilik untuk menghidupkan semula ayahnya.

"Kenapa lakukan perkara itu terhadap kanak-kanak, lebih-lebih lagi setelah mengetahui Michael memang sudah tidak bernyawa lagi," kata La Toya dengan nada tidak puas hati.

Butir-butir mengenai keadaan Michael beberapa jam sebelum kematiannya masih lagi samar dan ada laporan mengatakan anaknya telah dipanggil ke dalam bilik Michael selepas Raja pop itu tidak lagi sedarkan diri.

Kematian Michael disahkan sebagai homisid, bagaimanapun menurut La Toya, keluarga Jackson tidak akan duduk diam selagi dalang disebalik kejadian tersebut dibawa ke muka pengadilan.

"Ada yang tidak kena... ia bukan satu kemalangan, Michael memang sengaja dibunuh," katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan