Erra tidak tertekan terima surat saman!

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erra dan pelakon Umie Aida menjayakan acara 'Istimewa Bersama Erra Fazira dan Umie Aida D' Gerai Juz Jumbo Suria FM dari 5.30p.m. hingga 6.30p.m. di Kampung Baru, semalam. -foto THE STAR oleh AZMAN GHANI
Erra dan pelakon Umie Aida menjayakan acara 'Istimewa Bersama Erra Fazira dan Umie Aida D' Gerai Juz Jumbo Suria FM dari 5.30p.m. hingga 6.30p.m. di Kampung Baru, semalam. -foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

BELUM pun sempat primadona Melayu, Erra Fazira melantik peguam menyiasat status dengan bekas rakan kongsi Ferra Kosmo Look, pihak terbabit telah terlebih dahulu mengemukakan surat saman.

"Saya baru buka mulut sahaja baru-baru ini, mereka dah nak saman saya. Saya baru menerima surat saman beberapa hari lepas dan saya tidak terkejut sama sekali kerana ini adalah permainan mereka.

"Dia orang nak saman, samanlah. Saya belum melantik peguam untuk lihat perkara ini. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi perundangan. Jika saya boleh membela diri saya, saya akan membela diri saya.

"Saya tidak akan berasa tertekan ekoran saman tersebut," kata Erra ketika dihubungi mStar Online semalam.

Sebelum ini, Erra dan bekas rakan kongsinya pernah menjalankan usaha sama menghasilkan produk kecantikan dan penjagaan kulit di bawah jenama 'Ferra Kosmo Look'.

Menurut Erra, walaupun telah lebih setahun menarik diri daripada usaha sama tersebut, namanya masih lagi digunakan oleh syarikat tersebut.

Difahamkan Erra telah mengemukakan surat permohonan untuk menarik diri daripada kolaborasi tersebut namun hingga ke hari ini belum mendapat hitam putih mengenai status permohonannya itu.

Dan produk itu juga masih dijual dan nama jenama tersebut tidak ditukar dan masih lagi menggunakan Ferra Kosmo Look. Erra dilaporkan kecewa apabila pelanggan produk tersebut sering merujuk kepadanya.

Justeru, Erra bercadang untuk melantik seorang peguam untuk melihat kepada isu ini. Kata Erra, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, Erra ketika ditanya mengenai sambutan Hari Raya tahun ini berkata, familinya akan pulang ke Pulau Pinang sebelum Hari Raya untuk melawat keluarga sebelah suaminya, Engku Emran.

"Selepas itu, kami akan menyambut Hari Raya Pertama di Kuala Terengganu. Orang kata kesesakan jalan raya mungkin memakan masa selama lapan jam.

"Biar saya rasakannya tahun ini, jika jalan sesak teruk, kami akan terbang ke sana pula tahun depan, Insya-Allah. Hari ketiga, baru kami akan pulang berhari raya di rumah ibu saya di Rawang," katanya.

Ditanya mengenai persiapan untuk anak tersayangnya, Engku Aleesya, Erra berkata, dia tidak perlu membeli banyak pakaian untuk Aleesya kerana masih terdapat banyak baju bayi yang diberikan sanak-saudara dan kawan-kawan.

Apa yang pasti, hari lebaran tahun ini sangat bermakna kepada pasangan Erra-Emran dengan kehadiran puteri tersayang mereka.

"Aleesya sudah tahu ketawa kuat, 'baby talk' dan memusingkan badannya" ...semua ini menggambarkan betapa berbezanya makna Syawal tahun ini kepada Erra dan suami dengan kehadiran Aleesya.

Semalam, di Kampung Baru, Erra dan pelakon Umie Aida menjayakan acara 'Istimewa Bersama Erra Fazira dan Umie Aida D' Gerai Juz Jumbo Suria FM dari 5.30p.m. hingga 6.30p.m.

Kehadiran dua selebriti tersebut telah memecahkan rekod jualan minuman empat jenis perisa strawberi, laici, kiwi dan mangga.

Menurut Engku Emran yang turut hadir menjayakan acara tersebut, sebanyak 350 cawan dijual dalam tempoh sejam kehadiran isteri dan Umie tersebut.

"Orang ramai memberikan sambutan yang sangat menggalakkan hari ini sampai cawan dan air habis dijual," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan