Ako akui selalu dapat nasihat daripada datuk saudaranya Tun Mahathir

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ako dan isterinya, Kartina Shuaib Abdullah.
Ako dan isterinya, Kartina Shuaib Abdullah.

HUBUNGAN persaudaraan antara aktor Ako Mustapha dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah suatu rahsia.

Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha juga mengakui dia selalu bertemu dengan Mahathir bila ada majlis menghimpunkan seluruh keluarga dan sanak-saudara.

“Tun baik dengan saya tetapi tidaklah terlalu rapat kerana beliau merupakan datuk saudara saya,” kata Ako ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya mengenai perjalanan kes khalwatnya yang masih belum selesai, Ako berkata dia masih menunggu tarikh dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk mendengar keputusan hukuman yang bakal diterimanya nanti.

Ako sendiri berasa sedikit tertekan dengan kes itu dan takut dengan hukuman yang bakal diterimanya kerana sebolehnya dia enggan dipenjarakan.

“Mujurlah saya mempunyai seorang peguam yang bagus untuk memberi nasihat.

“Saya masih menjalankan kehidupan seperti biasa tetapi tetap ada sedikit tekanan sebab tak tahu apa akan berlaku nanti.....saya tak nak masuk penjara,” luahnya yang diwakili oleh peguam syarie Akhbardin Abdul Kadir.

Dalam menghadapi tekanan perasaan yang melanda dirinya itu, Ako berkata dia sempat berkongsi masalah dengan meminta nasihat dan pandangan daripada Mahathir.

Pandangan itu tidak terfokus kepada kes khalwatnya semata-mata malahan Mahathir juga memberikan nasihat kepadanya tentang isu dia kehilangan kerja.

Namun, Ako berkata seminggu selepas media mewar-warkan tentang isu itu, dia terus ditawarkan kerja.

Antaranya adalah berlakon sebuah telefilem di bawah arahan Raja Ahmad Alauddin dan mengarah sebuah ‘game show’ bergenre komedi untuk disiarkan di Astro Warna.

“Semasa berjumpa dengan Tun, saya ada juga mendapatkan nasihat daripada beliau dan dia minta saya sabar dan tabah.

“Tetapi dalam keluarga saya bukannya jenis suka meminta-minta sebaliknya lebih suka berdiri atas kaki sendiri.

“Walaupun saya kenal Tun, tetapi saya tidak senang-senang untuk minta projek. Mula dari datuk dan bapa saya, kami lebih berdikari sehingga sekarang kerana masing-masing sudah diajar untuk berdikari.

“Jika apa yang dilakukan tidak menjadi, jangan salahkan sesiapa tetapi kita lebih bertanggungjawab dengan diri-sendiri..,” ulas Ako yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak sulungnya dengan Kartina Shuaib Abdullah pada Januari tahun depan.

Keterujaan Ako terpancar apabila dia sudah mula membeli barangan untuk bayi seperti lampin, buku tentang kehamilan dan bayi.

“Insya-Allah, doktor menjangkakan isteri saya akan bersalin pada tarikh ulang tahun pernikahan kami iaitu 17 Januari.

"Sekarang ini, isteri saya baru hamil lima bulan dan pada bulan November nanti kami akan membuat upacara melenggang perut di Kuala Lumpur.

“Jadi, kami akan beraya di Kuala Lumpur dengan keluarga saya dan mungkin selepas raya baru keluarga isteri akan datang sini dari Sabah,” ceritanya yang dijangka akan menimang anak perempuan.

Ditanya tentang pengalaman menyambut bulan Ramadan pertama kali sebagai suami isteri, Ako berkata setiap pagi dia tidak lepas untuk bersahur dengan isterinya.

“Saya tidak dapat makan lebih sebab dia kawal pemakanan saya. Saya ni jenis yang tak berdisiplin tentang makan.

“Jadi, apabila ada isteri, dia akan jaga pemakanan saya agar tidak terlebih makan..,” ujar Ako sambil tersenyum.

Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, 21 April lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.

Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan