Noraniza Idris pasrah sambut raya bersendirian

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noraniza Idris mengalah demi anak-anak dan memilih untuk beraya sendirian.
Noraniza Idris mengalah demi anak-anak dan memilih untuk beraya sendirian.

LAZIMNYA menjelang hari raya, pasti akan meriah dengan kehadiran sanak saudara, bagi yang bekerja pula pasti tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman menyiapkan segala kelengkapan untuk menyambutnya dengan meriah.

Namun berbeza dengan ratu etnik kreatif tanahair, Noraniza Idris atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani yang akan menyambutnya seorang diri.

Jelas Kak Ani lagi, dia tidak menambah atau membuat apa-apa persiapan untuk sambutan kali ini kerana hanya akan menyambutnya di Kuala Lumpur sahaja.

"Persiapan raya saya tahun ini sederhana saja... saya tidak sambut dengan meriah sebab saya beraya sendiri.

"Saya tidak tambah perabot atau tukar langsir baru... saya gunakan apa yang ada saja. Lagipun saya hanya beraya di Kuala Lumpur, mungkin akan balik Johor atau Sarawak, tengok pada hala tuju saya nanti sebab masih belum dirancang," jelasnya ketika dihubungi mStar Online.

Apabila ditanya sama ada dia akan beraya bersama anak-anaknya, Kak ani memberitahu bahawa mereka akan beraya dgn bekas suaminya, Fareez kerana keluarga Fareez mempunyai ramai saudara mara yang rapat dengan mereka.

"Saya mengalah untuk anak-anak, mereka akan beraya bersama keluarga Fareez kerana di sana mereka akan mempunyai kawan, keluarga Fareez ramai.

"Kalau saya bawa mereka balik ke kampung saya, nanti mereka bosan pula sebab tiada kawan di sana...

"Tetapi saya tetap percaya, bagaimanapun anak-anak tetap akan mencari ibu mereka kalau ada masalah dan biasanya saya akan bantu dengan apa yang patut seperti salurkan duit," katanya.

Kak Ani juga mengatakan dia sudah biasa beraya seorang diri dan lebih rela tidak pulang ke kampung kerana ianya akan membuatkan penyanyi ini lebih bersedih.

"Saya dah biasa beraya sendiri, kalau balik kampung lagi sedih, sebab adik beradik yang lain ada anak-anak... tetapi saya hanya beraya di kampung seorang diri.

"Lagipun saya kerja sendiri, jadi tak boleh nak cuti, kemana sahaja saya pergi, saya akan bawa laptop dan siapkan kerja saya.

"Keluarga saya pun dah faham... mereka tak paksa saya untuk balik kampung, mereka cuma akan 'call' dan tanya sama ada saya balik kampung atau tidak.

"Lagipun saya tak suka bila saya balik mereka akan buat persiapan macam-macam, buat makan-makan... saya tak nak susahkan mereka, biar saya sendiri di sini tak apa." kata Kak Ani.

Ditanya mengenai kehidupan dan perkembangan Kak ani sekarang, dia sangat bersyukur kerana segala onak dan duri yang berlaku dalam kehidupan telah mengajarnya untuk hidup berdikari dan lebih memahami erti kehidupan.

"Alhamdulillah saya kini dah boleh berdikari walaupun baru saja mengenali erti kehidupan yang sebenar... Masih terlalu awal untuk berdikari sendiri, tapi saya banyak belajar dari pengalaman setelah 4 tahun bercerai dan ini yang mematangkan saya.

Kak ani juga tidak mengelak bila diajukan soalan mengenai pasangan hidup, pada Kak Ani tidak mustahil untuk dirinya mencari teman hidup baru.

"Sebagai manusia kita memang inginkan teman, mahukan seseorang yang mengambil berat dan menyokong kita dari belakang... tapi sekarang ini mungkin masih belum sampai waktunya.

"Buat masa sekarang saya lebih tumpukan pada kerja saya di Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIVP) dan masih lagi meneropong seseorang yang sesuai," jelas ibu kepada Mohammad Aliff Haiqal, 20, dan Mohd. Alfeeq Haiqal, 16, sambil ketawa.

Sibuk dengan projek 'Masyur 1Malaysia' dan 'Tabung Nuraina'

Kak Ani yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIVP) memerlukannya sibuk dalam memnguruskan hal kerja tambahan syarikatnya sedang dalam proses akhir menjalankan sebuah projek 'Masyur 1Malaysia'.

"Saya sekarang sedang sibuk dalam merangka dan menguruskan sebuah projek yang diberi tema 'Masyur 1Malaysia'.

"Syarikat saya akan hasilkan buku-buku, cakera padat (CD), cakera padat video (VCD), dokumentari, bengkel dan sebuah promosi jelajah.

"Acara yang terakhir mungkin akan diadakan sebuah konsert 'Masyur 1Malaysia' pada Oktober atau November ini.

"Saya masih lagi tengah mengatur segalanya, saya ingin berehat dahulu kerana baru selesai jalankan satu majlis berbuka puasa bersama Fantasia Music City (FMC) dan pada hari Ahad dan Isnin ini akan mula bekerja semula," katanya.

Menyentuh mengenai majlis berbuka puasa yang dianjurkannya Kak Ani mengatakan dia memang sudah beniat untuk menganjurkan majlis tersebut kerana sudahberniat dan mahu melakukan kerja sambil beramal.

"Majlis tersebut merupakan majlis pertama yang dianjurkan oleh NIPV dan selepas ini akan terus bergerak.

"Saya memang sudah berniat mahu mengadakan majlis untuk anak-anak yatim dan akhirnya saya dapat buat.

"Saya telah wujudkan sebuah tabung 'Nuraina' yang bermaksud cahaya mata dan segala kutipan yang dibuat akan disalurkan kepada anak-anak yatim, contohnya pada malam tersebut kami salurkan pada anak-anak yatim Ruamah Amal harmoni.

"Saya menggunakan nama Nuraina adalah kerana dahulu saya inginkan seorang anak perempuan, dan akan menamakannya Nuraina... tapi sampai sekarang tidak kesampaian, saya fikir tidak mengapalah, beri nama tersebut pada tabungpun tak apa," kata Kak Ani.

Mengakhiri perbualan, Kak Ani mengatakan mudah-mudahan kerja amal yang dilakukannya ini akan diberkati dan mahu segala masalah yang melandanya dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan