Matt Damon nafi dia terjatuh dan menemui ajal

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khabar angin bertiup kencang khamis lepas di laman-laman web mengatakan aktor 'Ocean's Eleven' itu terjatuh di Gunung Palos Verdes dan telah menemui ajalnya. - foto AFP
Khabar angin bertiup kencang khamis lepas di laman-laman web mengatakan aktor 'Ocean's Eleven' itu terjatuh di Gunung Palos Verdes dan telah menemui ajalnya. - foto AFP

AKTOR Hollywood Matt Damon menafikan dakwaan dia terjatuh daripada sebuah pergunungan di California dan telah menemui ajalnya.

Khabar angin bertiup kencang khamis lepas di laman-laman web mengatakan aktor 'Ocean's Eleven' itu terjatuh di Gunung Palos Verdes.

Bagaimanapun Matt muncul di rancangan 'The Late Show with David Letterman' dan menafikan khabar angin tersebut sambil bergelak ketawa.

"Saya sangat sihat dan dimana tempat itu (Gunung Palos Verdes) pun saya tidak tahu," katanya.

Matt agak berang dengan khabar angin tersebut kerana dia bimbang kawan-kawan dan keluarganya akan mudah percaya dengan perkara seumpama itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan