Konsert penghargaan MJ di Vienna dibatalkan.

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jermain Jackson bersama penganjur konsert tribut Michael Jackson, Georg Kindel, pada satu sidang media mengumumkan penundaan tarikh konsert tersebt. - foto AP
Jermain Jackson bersama penganjur konsert tribut Michael Jackson, Georg Kindel, pada satu sidang media mengumumkan penundaan tarikh konsert tersebt. - foto AP

KONSERT penghargaan Michael Jackson yang dijadualkan di Vienna hujung bulan ini telah dibatalkan kerana ramai selebriti terpaksa menarik diri.

Penganjur konsert, Georg Kindel dan Jermaine Jackson memberitahu konsert tersebut akan dipindahkan ke Stadium Wembly, London pada bulan Jun tahun hadapan.

Konsert yang sepatutnya berlangsung di hadapan Istana Schoenbrunn yang terkenal dengan keindahannya itu gagal untuk menarik selebriti terkenal seperti Madonna dan U2 daripada membuat persembahan seperti yang dijangka sebelum ini.

Artis lain seperti Chris Brown, Mary J. Blige dan Natalie Cole juga dikatakan tidak akan hadir dalam konsert tersebut.

Vienna city authorities added a final blow by withdrawing 600,000 euros ($876,000) in financing, saying they were unhappy about the lack of top artists.

Antara lain sebab konsert itu terpaksa dibatalkan ialah, Vienna telah menolak untuk memberi 600,000 euro sebagai bantuan kewanganan kerana kurangnya penyertaan artis terkenal.

Kindel memberitahu kurangnya persediaan untuk konsert tersebut merupakan punca ia gagal diteruskan.

Sementara itu Jermaine mengatakan, London merupakan tempat yang sesuai untuk konsert itu diadakan kerana Michael memang bercadang untuk membuat persembahannya disitu sebelum ini.

"Tidak mengapa sekiranya ia tidak dapat dilangsungkan di Vienna, kerana kami akan merancang dan membuat persiapan rapi di London kali ini," kata Jermaine.

Konsert yang dijadualkan di Vienna itu mampu menampung 65,000 orang dan tiket dijual sekitar 60 hingga 300 euro.

Menurut Kindel bagi yang sudah membeli tiket, wang gantirugi akan dipulangkan semula.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan