Pengarah Osman Ali tidak jawab soalan panas Raja Azmi

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Puteri Suraya (tengah) bersama ibubapanya, Raja Azmi Raja Sulaiman dan Mohd Jalani Sidek semasa majlis pertunangan di rumah kediaman di Ukay Perdana, baru-baru ini.
Puteri Suraya (tengah) bersama ibubapanya, Raja Azmi Raja Sulaiman dan Mohd Jalani Sidek semasa majlis pertunangan di rumah kediaman di Ukay Perdana, baru-baru ini.

PENERBIT filem Raja Azmi Raja Sulaiman masih tidak dapat membuat keputusan siapa paling layak untuk mengarah filem kontroversinya, '... Dalam Botol'.

Keputusan itu hanya akan diketahui selepas Hari Raya nanti, demikian menurut Raja Azmi ketika ditemui di majlis pertunangan anak sulung perempuannya Puteri Suraya dengan dengan pengarah filem, Mohd Shadan Hashim.

Raja Azmi masih buntu memikirkan pengarah baru filemnya yang mendapat publisiti hangat itu ekoran bakal menantunya Shadan menarik diri di saat-saat akhir pembikinan tersebut.

Antara dua nama besar yang disebut-sebut akan menggalas tanggungjawab sebagai sutradara ialah Osman Ali dan Nasir Jani.

"Sekarang pun dah mood Raya. Lagipun saya tengah sibuk membuat persiapan perkahwinan anak sulungnya saya Puteri Suraya pada 20 Februari tahun depan," kata Raja Azmi.

Isteri kepada bekas pemain beregu badminton itu ditemui pada majlis pertunangan anak perempuannya, Puteri Suraya Pengarah filem '... Dalam Botol.

Raja Azmi juga berkata, tarikh sebenar penggambaran filem tersebut akan bermula juga masih belum dikenal pasti.

"Saya masih tidak mempunyai tarikh lagi, tapi mungkin pada Disember 2009 sebab masa itu Arja Lee (yang berlakon sebagai Ruby dalam filem '... Dalam Botol') cuti semester, baru boleh buat penggambaran," katanya.

Menurut Raja Azmi, setakat ini, beliau telah menghubungi Osman Ali dan sedang berbincang dengannya.

Pilihan dua nama pengarah ini mempunyai sebabnya tersendiri. Mungkinkah pilihan pertama adalah untuk pengarah yang boleh menghayati atau menyelami jiwa seorang gay?

Justru, Raja Azmi tidak teragak-agak bertanyakan soalan panas ini secara 'direct' kepada Osman Ali.

"Semua orang katakan Osman Ali ialah gay (homoseksual). Jadi, untuk mendapatkan kepastian, saya telah menanyakan beliau tentang persoalan itu.

"Namun, dia tidak menjawab ya ataupun tidak dan dia hanya tersenyum," katanya.

Sementara itu, bagi pilihan pengarah Nasir Jani pula, Raja Azmi mengakui dia adalah pengarah yang baik tetapi menyepikan diri buat seketika.

"Jadi saya lihat ini adalah peluang baik untuknya kembali mengarahkan filem, jika dia bersetuju mengarahkan filem ini," katanya yang akan menghubungi Nasir selepas hari lebaran ini.

Dalam pada itu, Raja Azmi memberitahu, dia akan mengerjakan haji pada November ini.

"Saya akan berada di Mekah untuk dua minggu. Balik dari Mekah, saya akan mulakan penggambaran filem '...Dalam Botol'," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan