Kisah Haliza, si andartu terlampau...

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Haliza mengakui memang filem 'Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami' itu sedikit-sebanyak berkisarkan tentang dirinya sendiri.
Haliza mengakui memang filem 'Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami' itu sedikit-sebanyak berkisarkan tentang dirinya sendiri.

DIGELAR anak dara tua atau istilah popularnya, andartu, bukanlah satu masalah besar buat diri aktres dan produser ini. Ujar Haliza Misbun, asalkan dia bahagia menjalani kehidupan hariannya, dia tidak kisah dilabel sedemikian.

Dalam nada ceria, wanita berusia 36 tahun ini akui, memang ramai yang bertanya sama ada dia takut atau tidak digelar andartu. Namun, Haliza memang cukup positif tentang perkara itu.

"Saya tidak suka memikirkan sangat tentang hal itu. Yang penting, saya bahagia dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan.

"Lagipun, saya tidak terfikir lagi ke arah itu (perkahwinan)," ujarnya, ringkas tatkala berbual tentang filem sulung terbitannya Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami di majlis pelancarannya baru-baru ini, yang diakui Haliza memang filem itu sedikit-sebanyak berkisarkan tentang dirinya sendiri.

Ujar anak kedua daripada enam beradik ini, bertitik tolak dari kisah dirinya yang masih membujang sehingga kinilah, dia akhirnya tampil dengan jalan cerita untuk filem tersebut sambil dibantu oleh penulis skrip, Sofia J.Rhyland.

Namun, ia bukan 100 peratus tentang dirinya, sebaliknya ada yang direka untuk dilihat lebih menarik.

Filem yang menelan belanja kira-kira RM1.1 juta ini dibintangi oleh Haliza sendiri sebagai Nikki, Ari Wibowo, Awie, Azhar Sulaiman, Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Abby Abadi, Datuk Jalaluddin Hassan, Maimon Talib, Fara Fauzana dan ramai lagi.

Turut membuat penampilan istimewa ialah Datuk Rahim Razali dan Erra Fazira.

Terus menyusuri pengalamannya menghasilkan filem terbitan syarikat miliknya sendiri, Big Productions Sdn Bhd, kata Haliza, dia amat berpuas hati dengan pembikinannya yang kini sedang di dalam proses suntingan.

"Saya gembira dengan komitmen daripada semua yang terlibat dan saya optimis sambutan terhadap filem ini kelak memberangsangkan. Saya berharap, ia mampu memungut kutipan antara RM3 juta hingga RM5 juta.

"Saya yakin dengan kekuatan filem ini yang terletak pada pelakon dan jalan ceritanya. Saya memilih pelakon yang mampu membawakan watak masing-masing secara bersahaja.

"Tidak timbul isu saya menggunakan sesiapa seperti mana yang diperkatakan ketika saya memilih Awie dan Erra berlakon. Malah, Ari Wibowo juga dipilih kerana dia adalah kawan baik saya dan kami serasi bila berlakon sama," kata Haliza yang akui lakonannya bersama Awie juga dapat membuktikan bahawa hubungannya dengan adik iparnya itu baik setelah sebelum ini dikatakan tegang gara-gara Awie mengahwini adiknya secara diam-diam.

Secara ringkasnya, filem yang berkemungkinan akan ditayangkan pada Mac tahun depan ini mengisahkan tentang Nik Melati Sukma atau Nikki berusia lewat 30an yang tertekan gara-gara masih belum berkahwin.

Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua-dua orang tuanya iaitu Fatimah dan Nik Mat bagi membolehkannya bersetuju untuk berkahwin termasuklah mencarikannya jodoh yang dirasakan sesuai.

Namun, Nikki nekad untuk mencari jodohnya sendiri. Pelbagai peristiwa lucu melingkari perjalanan Nikki dalam usahanya mencari calon suami apatah lagi ibunya, Fatimah, telah memberi kata dua agar membawa pulang calon suami dalam masa 21 hari.

Jika tidak, Nikki tiada pilihan lain dan terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibubapanya.

Menurut Haliza lagi, Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami adalah kemunculan semulanya di layar perak setelah kali terakhir muncul menerusi filem Scoop, arahan Aziz. M.Osman kira-kira 13 tahun lalu.

"Salah satu sebab mengapa saya takut untuk berlakon filem lagi selepas itu ialah kerana filem tersebut tidak mendapat sambutan dan banyak pihak merasakan saya adalah penyumbang kepada kegagalan itu.

"Ada yang berkata saya bukan artis komersial dan tidak sesuai berlakon filem... hanya sesuai untuk watak berat di dalam drama. Selepas muncul di dalam Scoop, memang ada tawaran berlakon filem yang saya dapat, tapi saya menolak kerana lebih berminat berlakon drama saja.

"Tetapi kali ini, saya bersedia untuk tampil semula di layar perak. Dan jika dulu saya asyik bawakan watak serius, kali ini saya bawakan watak komedi pula," katanya.

Filem ini mula menjalani penggambaran pada 1 Ogos lalu di sekitar Kuala Lumpur dan tamat pada 18 Ogos.

Meskipun belum ditayangkan, tutur Haliza, dia sudah memikirkan perancangan untuk filem tersebut dan telah membayangkan sebuah sekuel yang akan menyusul kelak.

"Saya memang ada perancangan untuk buat sekuel filem ini. Saya terfikirkan tentang perkara ini sejak 'shooting' filem ini. Saya lihat semua pelakon dan kru 'enjoy' sangat di set penggambaran dan sebab itu terdetik di hati saya untuk buat sekuel.

"Tetapi saya tidak cakap pun pada sesiapa tentang idea saya itu, walaupun kepada pengarahnya. Tetapi bila sudah melihat promo filem ini, saya memang betul-betul teringin untuk buat. Insya-allah," ujarnya yang bagaimanapun akui belum berani untuk cuba mengarah filem atau drama sendiri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan