Kes percubaan merompak Anita dan Mahathir: Polis ambil keterangan

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mahathir (kiri) mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Prince Court semalam. Turut bersamanya ialah isteri Anita Sarawak (tengah).
Mahathir (kiri) mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Prince Court semalam. Turut bersamanya ialah isteri Anita Sarawak (tengah).

SELEBRITI Anita Sarawak mengesahkan bahawa pihak polis telah pun mengambil keterangan daripadanya dan juga suaminya Mahathir Abdullah ekoran kejadian percubaan merompak mereka di Taman Melawati, Hulu Klang pada petang Jumaat lalu.

Kejadian itu menyebabkan Mahathir tercedera di belakang kepalanya dan terpaksa menerima 10 jahitan sepanjang lapan sentimeter.

"Baru beberapa minit terdahulu, ASP Anas telah menghubungi saya untuk mendapatkan keterangan," kata Anita kepada mStar Online.

Dalam kejadian di hadapan rumah ibu tiri Anita, Datin Umi Kalthum di Taman Melawati di sini, kira-kira jam 5.30 petang Jumaat itu, Mahathir bergelut dan sempat mencekik leher seorang perompak yang cuba menyamun pemandunya sebelum terkena parang yang dilibas rakan penyamun berkenaan.

Anita, 56, atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib dan Mahathir ingin menjemput Umi untuk berbuka puasa di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang.

Anita memberitahu, polis juga telah mengambil keterangan daripada ibu tirinya.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya mengambil keterangan daripada Umi Kalthum serta daripada jiran pelakon itu 1 petang tadi bagi membantu siasatan.

Ditanya mengenai keadaan suaminya Mahathir, Anita berkata: "Mahathir okey tetapi dia letih dan pucat selepas kehilangan darah yang banyak. Dan dia sedang berehat di rumah."

"Saya bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana Mahathir selamat," katanya dalam nada tenang.

TAKUT KEHILANGAN MAHATHIR SELAMA-LAMANYA

Namun begitu, Anita tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbangnya apabila beliau berkata; “Sewaktu Mahathir dikejarkan ke Hospital Prince Court di Jalan Tun Razak dekat sini, saya bimbang apakah saya akan kehilangannya.

"Dia mengalami pendarahan teruk semasa terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas kira-kira sejam dari Taman Melawati ke situ. Pemandu saya cuba memandu dengan cepat tetapi kereta kami terperangkap. Kain yang dibalut pada kepalanya dibasahi darah yang membuak-buak keluar dari kepalanya.

"Baju kurung, sofa dan semuanya berlumuran dengan darah. Wajahnya dah pucat dan pada masa itu, saya takut akan kehilangannya.” Menurut Anita, pada awalnya, ibu tirinya Umi Kalthum bercadang hendak memanggil ambulans.

"Tetapi saya kata tiada masa untuk berbuat demikian. Masa itu, adalah masa sibuk orang keluar dan bergesa-gesa balik ke rumah untuk berbuka puasa," kata Anita lagi.

KRONOLOGI KES

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang ketika Anita dan suami serta pemandu mereka, Tan Ah Sing, 52, menunggu Datin Umi Kalthum di hadapan rumahnya untuk berbuka puasa di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang.

Tan yang ketika itu berada di luar pagar rumah untuk memanggil Umi, secara tiba-tiba didatangi empat lelaki bermotosikal dan mereka mengacukan parang ke arahnya.

Kejadian itu sebenarnya tidak disedari Anita dan Mahathir hinggalah perompak terbabit mengarahkan Tan untuk membuka bonet belakang kereta.

Mahathir kemudiannya keluar dari kereta setelah merasakan ada yang tidak kena dan bergelut dengan seorang daripada perompak itu.

Mahathir sempat mencekik leher perompak terbabit sebelum dilibas dari belakang dengan parang di kepala oleh seorang lagi perompak.

Menurut Anita, Mahathir mempunyai sifat semulajadi suka membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan.

"Lebih-lebih lagi, Tan begitu dekat dengan kami. Kami menganggapnya sebagai sebahagian daripada keluarga," kata Anita sambil menambah Tan telah lama berkhidmat dengan mereka.

Anita yang dalam ketakutan telah keluar dari kereta untuk cuba meleraikan pergelutan itu dan merayu kepada perompak terbabit agar tidak mencederakan Mahathir dengan menjerit 'adik jangan'.

Mengenang kembali insiden malang tersebut, Anita berkata, dia tidak tahu apa yang menggerakkan hatinya untuk berani keluar dari kereta dan memujuk salah seorang perompak itu agar tidak mengapa-apakan mereka.

Perompak terbabit tergamam seketika melihat wajah Anita dan Anita mengambil kesempatan itu berlari balik ke keretanya lalu menutup dan menguncikan pintu kereta.

Perompak-perompak tersebut melarikan diri selepas jiran-jiran yang tinggal berdekatan menyedari insiden tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan