Jay-Z tidak akan umumkan persaraannya

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jay-Z tidak akan memgumumkan persaraannya dalam industri muzik, sebaliknya akan meninggalkan industri ini seacra senyap. - foto AP
Jay-Z tidak akan memgumumkan persaraannya dalam industri muzik, sebaliknya akan meninggalkan industri ini seacra senyap. - foto AP

PENYANYI rap, Jay-Z mengatakan dia tidak akan mengumumkan persaraannya sekali lagi namun hanya akan meninggalkan industri muzik secara senyap apabila dia sudah merasa puas dengan dunia muzik.

Jay-Z telah mengesahkan bahawa album 'The Black' pada tahun 2003 adalah hasil kerjanya yang terakhir.

Bagaimanapun, penyanyi rap berusia 39 tahun ini muncul semula dengan album 'Kingdom Come' pada tahun 2006.

Jay atau nama sebenarnya, Shawn Carter, muncul lagi dengan album 'American Gangster' pada 2007 dan 'The Blueprint' baru sahaja dikeluarkan.

"Saya telah mempelajari sesuatu dari pengumuman bersara lepas dan harus membiarkan sahaja ia berlaku. Pada waktu anda sedar bahawa anda tidak perlu hasilkan muzik lagi, jadi anda jangan hasilkannya.

"Tidak perlu untuk membuat pengumuman bersara, jadi saya tidak akan membuat sebarang pengumuman lagi, sampai bila-bila."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan