Guns N' Roses akan datang ke India

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi utama kumpulan Gun N' Roses, Axl Rose, akan tampil bersama ahli yang lain pada konsert di India nanti. - AFP
Penyanyi utama kumpulan Gun N' Roses, Axl Rose, akan tampil bersama ahli yang lain pada konsert di India nanti. - AFP

KUMPULAN rock Amerika, Guns N' Roses kini sudah menetapkan untuk mengadakan sebuah konsert di India.

menurut laporan, kumpulan ini yang menampilkan Axl Rose, sebagai penyanyi utamanya, telah mengesahkan mereka akan membuat persembahan di Palace Grounds, Bengaluru pada 7 November ini.

Bagaimanapun, pihak penganjur tempatan sedang berbincang dengan penduduk di Mumbai, Delhi adn Shillong.

"Memang benar kami akan membawa Gun N' Roses ke India," kata Pengarah Rhapsody Inc., Raj Sinha kepada satu sumber.

"Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan adalah konsert di Bengaluru telah disahkan. Kami masih lagi dalam perbincangan bersama penduduk di Mumbai dan Delhi, jadi diharapkan semuanya akan berjalan lancar.

"Bagaimanapun, peluang baik juga jika kami dapat membawa kumpulan tersebut ke Shillong.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Axl Rose dan Dizzy Reed akan tampil pada konsert tersebut. Dj Ashba, anggota terbaru juga akan tampil.

"Selain itu akan ada seorang yang dikenali sebagai Troy dan dua orang lagi anggota mereka yang akan turut serta," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan