Noh Hujan sudah ada kekasih baru?

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noh Hujan (dua dari kanan) ketika melakukan persembahan di Kelana Sentral, Kelana Jaya. -foto Utusan
Noh Hujan (dua dari kanan) ketika melakukan persembahan di Kelana Sentral, Kelana Jaya. -foto Utusan

KEMESRAAN vokalis Hujan, Noh dengan seorang gadis cantik jelas terpancar di majlis pelancaran single raya, ‘Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda’ nyanyian band indie itu dan kumpulan nasyid Raihan, baru-baru ini.

Diperhati dengan lebih dekat, gadis berkulit cerah itu bukanlah kekasihnya, Tia atau nama sebenarnya Athira Ghani tetapi kenapa Noh begitu mesra sehingga menyediakan makanan untuk gadis itu sedangkan ramai lagi perempuan lain yang mengelilinginya.

Ketika mengusik pemuda berasal dari Miri, Sarawak ini mengenai ‘kekasih baru’nya itu, Noh atau nama sebenarnya, Mohammed Noh Salleh bagaimanapun tidak mengiyakan atau menidakkannya.

Noh juga ditanya tentang dakwaan yang mengatakan dia sudah berpisah dengan Tia setelah Noh digosipkan dengan pelakon cantik manis, Nora Danish.

Terdahulu, Noh pernah memberitahu yang teman wanitanya pernah merajuk setelah mendengar gosip itu memandangkan gadis sarawak itu sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Jadi, mungkinkah hubungan Noh dan Tia sudah berakhir seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar baru-baru ini?

“Pasal cinta tak boleh cakap tetapi gosip dengan Nora Danish tu tak betul kerana saya tidak bercinta dengan dia,” katanya ringkas ketika majlis sidang media di Kelana Sentral, Kelana Jaya itu.

Noh bagaikan mahu menepis apabila dipersoalkan tentang cinta namun larilah sejauh mana pun dirinya tetap diburu kerana orang masih bercerita tentang gosip itu.

Pelbagai spekulasi boleh timbul namun hanya Noh, gadis itu dan orang terdekat dengannya sahaja yang tahu.

Seperti yang orang tahu, Noh memang terkenal dengan sikap yang tidak suka berkongsi tentang soal peribadi dan tidak teragak-agak untuk menepis setiap dakwaan negatif tentangnya.

Apabila disoal pula tentang imejnya yang dikatakan selekeh, penyanyi bersuara unik ini menjawab dia tidak kisah dengan ‘cakap-cakap belakang’ itu.

Bukan sahaja tidak terasa hati, malah Noh juga tidak mengatakan yang dia mahu mengubah imejnya sekarang.

Lantas tidak semena-mena menjawab: “Ikut suka hati saya la..”

Pemain Bass Hujan, Jaja hanya ‘sessionist’

Ketika melakukan persembahan di majlis itu, Hujan dilihat tampil dengan seorang pemain bass baru yang dikenali sebagai Izat.

Ditanya mengapa Azhar atau Jaja tidak bermain bass bersama mereka, Noh berkata pemuda itu hanya ‘sessionist’ dan bukannya anggota tetap Hujan.

“Ikutkan Hujan dianggotai oleh empat orang sahaja iaitu Mohammad Hezry atau AG (gitaris), Hang Dimas (keyboard), Azham Ahmad Ambobzeela atau Am (dram) termasuk saya.

“Yang lain-lain tu hanya ‘sessionist’. Jadi, sesiapa pun boleh menggantikan tempat Jaja jika dia tiada.

“Susah nak cari yang tetap sebab kami kena tengok yang sesuai dan ada ‘chemistry’ dengan Hujan,” jawab Noh.

Hujan pernah mendapat anugerah Lagu Rock Terbaik (Bila Aku Sudah Tiada) dan Album Rock Terbaik (Hujan) di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-16 pada Mei lalu dan kini telah tampil dengan album kedua, 'Mencari Konklusi' yang sudah berada di pasaran mulai 7 September lalu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan