Vanidah harap tidak dibandingkan dengan Erra

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Vee menggantikan tempat Erra Fazira untuk watak CJ dalam Cuci The Musical
Vee menggantikan tempat Erra Fazira untuk watak CJ dalam Cuci The Musical

DI dalam filem Cuci arahan Hans Isaac kira-kira dua tahun lalu, watak CJ telah dipegang oleh aktres dan penyanyi popular Erra Fazira. Namun, untuk pementasan Cuci The Musical di Istana Budaya (IB), Vanidah Imran pula bakal membawakan watak tersebut.

Tutur pelakon yang mesra disapa Vee ini, dia menyambut baik tawaran yang diberikan oleh kawan baiknya, Hans, dan menganggap itu adalah rezekinya.

Tetapi, kata Vee, seboleh mungkin dia tidak mahu karektornya sebagai CJ sewaktu dipentaskan di IB bermula 23 Oktober hingga 8 November dibandingkan dengan lakonan Erra sewaktu di dalam versi filem dulu.

Sebagai pelakon, kata isteri kepada aktor Rashidi Ishak ini, dia menganggap itu sebagai satu cabaran dan akan melakukannya mengikut acuan tersendiri, tanpa mengikut lakonan sesiapa.

"Saya berharap tidaklah dibandingkan dengan Erra. Lagipun, pemilihan saya ini bukan dibuat oleh Hans seorang, tetapi keseluruhan 'team' produksi.

"Dan saya sendiri tidak mahu fikirkan tentang hal itu. Apa yang penting, saya seronok dapat sertai produksi ini dan saya akui, kali ini lakonan untuk karektor saya itu sangat selamba dan 'natural'," ujar Vee yang ditemui pada majlis pelancaran teater muzikal itu di IB, kelmarin.

Selain Vee, Adibah Noor juga turut membintangi muzikal arahan bersama Datuk Zahim AlBakri dan Harith Iskander itu dengan memegang watak Farah yang sebelum ini dibawa oleh Umie Aida, manakala empat watak utama filem tersebut turut dikekalkan di dalam teater muzikal ini iaitu Hans sebagai Khai, Afdlin (Fairil), Awie (Jojo) dan C'Tan (AC).

Tenaga kreatif teater muzikal ini turut didukungi oleh Stephen Rahman-Hughes yang bertindak selaku koreografer, Raja Maliq (pereka set), Douglas Lim dan Pacai (penulis lirik dan komposer)

Mengulas lanjut tentang watak CJ yang dibawanya itu, akui Vee, dia berdepan dengan cabaran tersendiri apatah lagi dia bukan saja hanya berlakon, malah perlu menyanyi dan menari.

"Dalam muzikal itu, saya perlu menyanyikan tiga buah lagu yang mana dua daripadanya adalah nyanyian bersama Hans. Sekarang ini kami sedang menjalani latihan vokal dan pada masa yang sama berlatih menari.

"Tapi apa yang saya suka dengan teater ini, lagu-lagu akan dibuat mengikut kesesuaian suara saya. Malah, sesi latihan mereka juga bukan latihan biasa, tetapi sangat terperinci.

"Mereka ada sediakan replika set sewaktu latihan yang mana saya tidak pernah lalui sepanjang pembabitan saya dalam bidang teater," kata Vee yang kali terakhir muncul di pentas teater menerusi Mahsuri yang dipentaskan pada bulan April lalu.

Ujar ibu kepada dua cahaya mata ini, dia bersyukur rezekinya di dalam bidang ini semakin mencurah-curah. Walaupun jadual hariannya semakin bertambah sibuk, Vee tidak pernah mengeluh dan merasakan peluang yang diterimanya itu perlu digunakan sebaik mungkin.

"Selain sibuk dengan latihan Cuci The Musical, saya juga perlu berkejar ke set penggambaran filem Misteri Jalan Lama arahan Afdlin.

"Kalau ikutkan, saya selalunya tidak bekerja pada bulan Ramadan, tetapi nampaknya kali ini perlu bekerja sehingga raya.

"Cuti raya pun tak lama kerana raya ketiga saya sudah kena kembali berlatih untuk teater. Tetapi saya tetap bersyukur kerana rezeki tidak putus dan sering mendapat projek yang bagus.

"Alhamdulillah, suami juga memahami dan dia tidak kisah selagi saya mendapat 'jobs' yang bagus," tutur Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 ini.

Secara ringkasnya, teater terbitan syarikat milik Hans, Tall Order Productions ini mengisahkan empat orang adik-beradik iaitu Fairil (Afdlin), Khai (Hans), Jojo (Awie) dan C'Tan (AC) yang menjalankan perniagaan 'Cuci-Cuci Services', sebuah syarikatyang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap, dengan harapan satu hari nanti syarikat mereka akan diberi peluang untuk memberiperkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Harapan mereka menjadi kenyataan apabila Cuci-Cuci Services telahdijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO -Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang diselenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida) yang manapemenangnya akan berpeluang mencuci tingkap KLCC.

Dalam mengecapi impian mereka, pelbagai kisah suka dan duka dilalui oleh empat beradik ini.

Tiket-tiket berharga RM43, RM63, RM113, RM153, RM173, RM193, RM213 danRM253 boleh dibeli di Istana Budaya atau secara online diwww.axcess.com.my dan menerusi talian hotline iaitu 03-7711 5000

Tiket-tiket yang dibeli sebelum Hari Raya juga akan mendapat diskaun sebanyak 20 peratus.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan