Oliver Stone berunding dengan Mahmoud Ahmadinejad untuk hasilkan dokumentari - Berita Hiburan | mStar

Oliver Stone berunding dengan Mahmoud Ahmadinejad untuk hasilkan dokumentari

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah filem, Oliver Stone (kiri)dan Presiden Venezuela, Hugo Chaves (kanan) bersalaman apabia tiba di tayangan perdana filem 'South of the Border' di Venice Film Festivel, Itali. foto-AP
Pengarah filem, Oliver Stone (kiri)dan Presiden Venezuela, Hugo Chaves (kanan) bersalaman apabia tiba di tayangan perdana filem 'South of the Border' di Venice Film Festivel, Itali. foto-AP

PENGARAH filem terkenal Oliver Stone kini sedang berunding dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad untuk berlakon dalam satu dokumentari khas.

Oliver baru sahaja selesai mengarahkan sebuah dokumentari mengenai kehidupan Presiden Venezuela, Hugo Chaves baru-baru ini.

Isnin lepas, beliau dikritik hebat oleh AS kerana berjalan bersama-sama dengan Hugo Chavez diatas karpet merah untuk menghadiri tayangan perdana dokumentari mengenai Presiden Venezuela, 'South of the Border'.

Dokumentari itu berkisarkan mengenai kehidupan Hugo Chavez dan revolusi Amerika Selatan.

Kini Oliver mahu menumpukan kepada Presiden Iran yang baru menang dalam pilihanraya di negara itu dan telah dilantik semula.

Ahmadinejad dikritik hebat oleh pemimpin dunia dari barat ekoran pembangunan program senjata nuklear oleh negara Iran. Kesahihan kemenangan beliau dalam pilihanraya baru-baru ini juga dipersoalkan sehingga ratusan orang ramai turun membantah keputusan tersebut.

Oliver Stone kini dilaporkan masih lagi sedang rundingan dengan Ahmadinejad dan tarikh pengambaran akan bermula belum lagi diputuskan.

"Saya berminat kerana kami (AS) berkemungkinan besar akan berperang dengan Iran," katanya sambil tersenyum.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan