Madonna mungkin disaman oleh pengurus stadium

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ratu pop Madonna ketika melawat sebuah kawasan bersejarah di Petra, Jordon. foto-AFP
Ratu pop Madonna ketika melawat sebuah kawasan bersejarah di Petra, Jordon. foto-AFP

MADONNA mungkin akan berhadapan dengan saman oleh ketua pengurus stadium di Sofia, Bulgaria kerana peminat Ratu pop itu didakwa telah merosakkan padang di stadium beliau melakukan konsert.

Madonna melakukan persembahan di stadium kebangsaan Vasil Levski pada 29 Ogos lepas iaitu salah satu daripada siri jelajah 'Stick & Sweet' konsertnya.

Pengurus stadium tersebut kelihatan naik berang apabila mendapati padang di stadium itu rosak teruk lebih-lebih lagi pusingan kelayakan piala dunia akan berlangsung tidak lama lagi.

"Kami bertanggungjawab menjaga dan memelihara stadium kebangsaaan Vasil Levski," kata Perdana Menteri Bulgaria Boyko Borisov.

Siri jelajah konsert Madonna mencatatkan kutipan tertinggi dalam sejarah artis solo.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan