Leona Lewis malu kerana sepupu dipenjara

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi terkenal Britain Leona Lewis malu kerana sepupu terlibat dalam melakukan jenayah. foto-AP
Penyanyi terkenal Britain Leona Lewis malu kerana sepupu terlibat dalam melakukan jenayah. foto-AP

KELUARGA penyanyi kelahiran Britain, Leona Lewis terpaksa menanggung malu apabila sepupunya dihukum penjara kerana kesalahan merompak.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Bleeding Love' itu akan menerbitkan album keduannya tidak lama lagi. Album sulungnya 'Spirit' berjaya menduduki carta teratas di UK dan AS.

Bagaimanapun di sebalik kejayaannya, penyanyi itu tidak dapat lari daripada menanggung malu akibat jenayah yang dilakukan oleh sepupunya sendiri, Andry Henry.

Andry dihukum penjara selama enam tahun selepas mengaku bersalah memecah masuk sebuah mahkamah di London awal tahun ini.

Beliau sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman kerana merogol seorang pelancong dari Austria ketika berumur 14 tahun.

Leona Lewis sebelum ini pernah memberitahu bahawa ada di kalangan keluarganya yang berkelakuan tidak baik dan dia sudah pun menjauhi diri daripada mereka.

"Ada dikalangan saudara mara saya yang terlibat dengan perkara yang tidak baik. Tapi keluarga saya memang jarang bergaul dengan mereka," akuinya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan