Kisah kehebatan ibu Obama akan difilemkan - Berita Hiburan | mStar

Kisah kehebatan ibu Obama akan difilemkan

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat kulit hitam yang berjaya. Beliau sering digelar sebagai agen perubahan dalam percaturan politik di negara kuasa besar dunia itu. foto-AP
Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat kulit hitam yang berjaya. Beliau sering digelar sebagai agen perubahan dalam percaturan politik di negara kuasa besar dunia itu. foto-AP

KEJAYAAN seorang anak tidak boleh dipisahkan daripada kehebatan seorang ibu. Stanley Ann Dunham, ibu kepada Barack Obama, presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat adalah salah seorang yang mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan anaknya.

Obama, mempunyai prestasi yang sangat luar biasa sehingga dia menjadi satu ikon baru dan mencipta sejarah tersendiri dalam percaturan politik di Amerika Syarikat.

Beliau sering dianggap sebagai agen perubahan ketika kuasa politik di negara itu didominasi oleh mereka yang berkulit putih.

Apakah rahsia yang digunakan oleh ibunya, Dunham dalam mendidik Obama sejak dia kecil lagi sehingga Obama? Semua persoalan ini akan terjawab didalam sebuah filem dokumentari yang bertajuk 'Stanley Ann Dunham: A Most Generous Spirit: A Most Generous Spirit' yang bakal diterbitkan melalui usaha sama Aloe Entertainment.

Filem dokumentari tersebut akan diarahkan oleh Charles Burnett. Beliau sebelum ini pernah mengarahkan filem 'Killer of Sheep' (1977) dan 'To Sleep with Anger' (1990) yang pernah memenangi anugerah di Festivel Filem Sudance pada tahun 1991.

Dokumentari tersebut berkisarkan tentang bagaimana ibu Obama membesarkannya ketika berada di Indonesia dan Hawaii serta pada masa yang sama memperjuangkan hak kesemarataan golongan wanita.

"Dunham banyak mengajar Obama erti sebenar kehidupan," kata Penerbit filem itu Mary Aloe.

Pengambaran untuk filem ini dijangka akan bermula awal tahun hadapan dan lokasi pengambaran antaranya adalah di Indonesia, Hawaii dan juga Washington.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan