Din Beramboi tak akan merapu lagi bila jadi hos 'talk show '

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Din Beramboi menghiburkan para pendengar Era dengan personalitinya yang 'kelam-kabut', merapu dan gelagat lucunya. -foto MSTAR
Din Beramboi menghiburkan para pendengar Era dengan personalitinya yang 'kelam-kabut', merapu dan gelagat lucunya. -foto MSTAR

SALAH satu daya penarik program radio stesen Era "Riuh Pagi Era" ialah personaliti deejaynya, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad yang 'kelam-kabut', merapu dan gelagat lucunya.

Keletah lucu dan bersahajanya menyebabkan para pendengar ketawa tak kering gusi. Kerana itu jugalah, Din Beramboi khabarnya telah dilamar untuk menjadi pengacara program talk show (rancangan temu bual) dan gameshow lepas Hari Raya ini.

"Selepas Raya, saya beralih tumpuan kepada televisyen pula. Talkshow itu bukan sembarangan talk show biasa, tetapi satu 'komedi pintar'. Saya tidak akan mengada-ngada lagi.

"Para penonton dapat merasai kespontanannya kerana saya akan menyampaikan secara bersahaja. Ia bukan dibuat secara paksa-paksa lagi seperti pelawak Mr Bean," katanya ketika ditemui sebelum majlis berbuka puasa dan pelancaran album 'Drama Sebabak Raya' di Hotel Bouvelard, Mid Valley City baru-baru ini.

Album 'Drama Sebabak Raya' ialah album khas Hari Raya Aidilfitri yang menggabungkan sketsa dan pilihan lagu-lagu Hari Raya popular dan malar segar.

Selain Din Beramboi, sketsa-sketsa itu turut diserikan dengan kemunculan beberapa orang penyampai popular ERA seperti Ray, Adi, Burn dan Nana.

Sketsa-sketsa mencuit hati diselang-selikan dengan lagu-lagu raya yang popular. Artis-artis dalam album itu termasuk Saloma, P.Ramlee, Azlina Aziz, Ziana Zain, Uji Rashid, Sanisah Huri, Hail Amir, Jamal Abdillah dan Yasin.

Ketika diminta mengulas lanjut tentang intipati talk show itu, Din Beramboi memberitahu dia cuba tidak mengetengahkan isu-isu semasa kerana isu-isu tersebut sering dipaparkan di media.

"Saya tidak boleh terlalu memikirkan isu-isu semasa. Ini kerana orang ramai boleh menonton isu-isu semasa dikupas pada segmen berita televisyen.

"Saya ingin mengetengahkan sesuatu isu yang mungkin sudah dilupakan tetapi masih menarik untuk dikupas kini. Misalnya sesuatu perkara yang nostalgik seperti perkahwinan seseorang itu. Kalau dah tak ingat perkahwinan dulu-dulu boleh diingatkan semula," kata Din Beramboi.

Daripada butir katanya, Din Beramboi sudah memberikan bayangan bahawa talk shownya yang bakal bersiaran di Astro Warna selama setengah jam setiap episod pada awal tahun depan adalah unik.

Malah tutur Din Beramboi yang mengilham idea dan konsep talkshow ini, dia akan membuat talkshow dalam keadaan rileks dan 'cool'.

"Talk show itu disediakan untuk semua lapisan ozon (masyarakat). Setiap episod talk show akan membawakan aksi "stunt"... "stunt"nya minimum tetapi menarik, tidak membahayakan diri sendiri dan penonton," katanya sambil menggeletek hati para wartawan yang menemuramahnya.

Rancangan temubualnya itu menurut Din Beramboi, hanya membariskan dirinya sendiri dengan seorang lagi teman. Dia bagaimanapun tidak dapat mendedahkan nama talk show itu kerana ia adalah tertakluk kepada perubahan produser.

Sementara itu, rezeki semakin mencurah-curah buat Din Beramboi kerana selain talk show, Din Beramboi turut ditawarkan mengacarakan game show secara solo selepas Hari Raya ini.

"Berkenaan dengan game show itu, ia macam satu program game show ala ragging, "Takashi" di Jepun. Para peserta yang tidak boleh jawab akan kena 'didera'.

"Hukumannya lebih ekstrem di Jepun. Bagaimanapun, saya akan cuba menjadikannya lebih 'mesra' kepada para peserta," kata Din Beramboi yang tidak dapat memberikan gambaran detail lagi memandangkan masih belum menerima skrip game show itu.

"Kalau ada rezeki, game show itu bakal disiarkan pada awal tahun depan," katanya yang turut terlibat dalam sitkom.

Walaupun sibuk terlibat silih berganti dengan talk show, game show dan sitkom, Din Beramboi bukan seseorang artis yang mengendalikan secara sewenang-wenangnya.

"Saya kena jaga kualiti hidup dan kerja agar seimbang. Kedua-duanya kena berkualiti..Biarlah saya ambil kerja dengan komitmen tinggi," kata Din Beramboi yang sama-sama menekankan kepentingan kualiti dan kuantiti.

Untuk sambutan Hari Raya ini, Din Beramboi memberitahu dia masih bekerja sehingga ambang Hari Raya.

"Pada malam Raya nanti, saya masih kerja dengan Aznil "live" di Kuala Lumpur.

"Kami akan jadi rempit boy malam itu... kami akan akan merempit di studio... lepas itu, kami terus merempat di studio," guraunya.

Mengenai album khas 'Drama Sebabak Raya' itu, Din Beramboi memberitahu, album itu mengandungi petikan daripada sketsa spontan Aznil Nawawi dan dirinya yang dirakamkan untuk Riuh Pagi Era.

"Sketsa tersebut belum ke udara lagi. Mereka yang memiliki CD ini dapat melihatnya terlebih dulu," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan