Anak Raja Azmi, Puteri Suraya pernah panggil tunangnya, Shadan 'uncle'

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wakil Raja Azmi, Amir Yusof (berbaju merah dan bersongkok putih) dan wakil Mohd Shadan, Hamid Hashim (tiga dari kiri) yang juga abang sepupunya terlibat dalam sesi perbincangan mengenai pernikahan antara kedua-dua pihak.
Wakil Raja Azmi, Amir Yusof (berbaju merah dan bersongkok putih) dan wakil Mohd Shadan, Hamid Hashim (tiga dari kiri) yang juga abang sepupunya terlibat dalam sesi perbincangan mengenai pernikahan antara kedua-dua pihak.

BIARPUN telah saling mengenali selama 13 tahun, perasaan cinta antara mereka hanya wujud awal tahun ini.

Lewat petang semalam, majlis pertunangan antara anak perempuan sulung produser filem Raja Azmi, Puteri Suraya Mohd Jalani dengan pengarah filem, Mohd Shadan Hashim selamat disempurnakan di kediaman Raja Azmi di Ukay Perdana.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 200 sanak saudara dan kenalan rapat itu, rombongan pihak lelaki dengan wakilnya, Hamid Hashim yang juga abang sepupu Mohd Shadan telah membawa bersama lima dulang hantaran.

Ruang tamu pula dikosongkan untuk menempatkan pentas sementara. Pentas yang menggunakan warna putih sebagai warna temanya berlatarkan sehelai kain putih yang bergantungan dari lelangit.

Jambangan bunga-bunga dihias cantik di kedua-dua sisi pentas sementara kelopak-kelopak bunga mawar yang berwarna-warni bertaburan di persekitaran pentas.

Lima dulang hantaran mengandungi cincin, manisan, senaskhah Al-Quran, telekung dan tepak sirih sementara pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Sementara dibalas oleh tujuh dulang pihak perempuan yang berisi dengan halwa betik, coklat, songket dan persalinan baju, anggur hijau, cup cakes dan tepak sirih serta jam tangan.

Puteri Suraya yang berpakaian kebaya moden bermotifkan bunga tampil anggun di pentas pertunangan. Dia cantik persis keayuan ibunya Raja Azmi.

Shadan tidak kelihatan di pentas kerana difahamkan, pasangan bertunang itu tidak dibenarkan mengambil gambar foto bersama-sama menurut adat resam Melayu.

Majlis pertunangan dimulakan dengan bacaan doa sebelum disusuli perbincangan mengenai pernikahan antara kedua-dua pihak.

Dalam perbincangan tersebut, wakil Raja Azmi, Amir Yusof yang merupakan kawan rapat keluarga bersetuju menerima lima dulang hantaran tersebut dengan bersyaratkan majlis pernikahan Mohd Shadan-Puteri Suraya perlu diadakan pada 20 Februari tahun depan.

Wakil Mohd Shadan, Hamid Hashim yang juga abang sepupu telah bersetuju memenuhi syarat pihak perempuan.

Sehubungan itu, kedua-dua pihak saling bertukar dulang-dulang hantaran. Ayah Puteri Suraya, Mohd Jalani bertukaran dulang dengan abang sulung bakal anak mertuanya, Kamaruddin Hashim.

Selesainya pertukaran dulang, kakak Mohd Shadan, Nor Khadijah Hashim secara simbolik mewakili adiknya telah menyarungkan cincin pada jari manis Puteri Suraya.

Puteri Suraya tersenyum manis apabila jari manisnya bersarungkan cincin emas. Raja Azmi kemudian terlibat dalam sesi fotografi bersama seisi keluarganya selepas itu.

Raja Azmi berkata kepada suaminya: "Bang, ini macam semasa kita berkahwin dulu. Dan tiba-tiba, kita mempunyai tiga anak yang sudah besar."

Tiga anak pasangan Mohd Jalani-Raja Azmi terdiri daripada Puteri Suraya, 24, Puteri Suaida, 20, dan Megat Deli, 15.

Komen Raja Azmi itu mengundang hilai ketawa para tetamu yang hadir. Raja Azmi turut meminta jurugambar mengambil foto ibunya, Laliah Abdullah, Puteri Suraya dan dirinya.

Kata Raja Azmi: "Inilah tiga generasi kami. Jika anak saya mempunyai anak nanti, maka lahirlah empat generasi." Isteri kepada pemain badminton negara ini jelas tidak sabar-sabar menanti kedatangan hari pernikahan anak perempuannya sekali gus berpeluang untuk menimang cahaya mata.

Majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa.

PUTERI SURAYA DIAM-DIAM JATUH CINTA

Sementara itu, Puteri Suraya ketika diminta berkongsi kisah percintaannya dengan Mohd Shadan berkata: "Titik pertemuan kami dah agak lama, malah sangat rapat untuk hampir 13 tahun.

"Lepas kerja dengannya di bawah satu bumbung. Kemudian kami baru rapat. Saya memang dapat merasakan keserasian tapi tidak rasa perhubungan itu berhasil kerana saya memanggilnya uncle.

"Bila mama kata okey baru kami berani meneruskan percintaan itu," luah gadis yang rupawan itu.

Menurut Puteri Suraya, dia memang berhajat untuk mendirikan rumahtangga pada usia muda memandangkan ibunya Raja Azmi berkahwin ketika berumur 21 tahun lagi.

"Dulu, memang saya ingin membina keluarga.. Sanak-saudara selalu berkata, Mama berkahwin ketika berumur 21 tahun.. Setiap tahun, saya mendengar nasihat mereka. Bila Shadan melahirkan perasaan cintanya, hati saya terus membisik "It's him"," ujar Puteri Suraya yang bekerja sebagai editor Komik Anak-Anak Sidek.

Tentang konsep perkahwinannya tahun depan, Puteri Suraya berkata, ia berkonsepkan 'vintage' dengan khemah-khemah dipasangkan di perkarangan rumah.

"Resepsi dan pernikahan akan berlangsung di rumah ibu bapa saya sendiri seperti mana pada malam ini," jelasnya.

Ditanya apakah keistimewaan Mohd Shahdan, anak perempuan sulung Raja Azmi ini menjelaskan dia serasi dan selesa bersama 'uncle'nya (Mohd Shahdan). "Sebelum ini, perhubungan kami berdua adalah atas dasar kerja. Bila lagi matang, dia meletakkan saya pada satu tahap yang lain. Dia lihat saya sebagai seorang wanita.

"Saya berasa selesa dan serasi bersamanya.. Dari situ, saya rasa 'secure'. Saya tahu dia (Shahdan) ialah seorang lelaki yang baik dan sangat berdedikasi," katanya.

MOHD SHADAN TERTARIK KERANA SIFAT SEDERHANA PUTERI

Sementara itu, Mohd Shahdan menyifatkan bakal isterinya itu seorang yang lemah-lembut dan mengamalkan sifat sederhana. "Waktu bekerja, dia sangat 'schronized'...Bila dia bekerja, dia boleh adapt," katanya peluang bekerja bersama Puteri Suraya telah memberikan keyakinan kepadanya untuk melahirkan perasaan cinta kepadanya.

Mohd Shadan memberitahu, dia terpaksa mempertaruhkan nasibnya semasa meluahkan perasaan cintanya yang terpendam di hati.

RAJA AZMI BERKENAN KERANA SHADAN TIDAK AMBIL KESEMPATAN DAN BERIMAN

Dalam perkembangan berkaitan, ibu Puteri Suraya, Raja Azmi menyedari mereka saling bercinta apabila mereka selalu tengok perlawanan bola sepak melibatkan Manchester United bersama-sama.

"Dulu, kalau dia mengantuk, dia terus naik tidur. Sekarang dia (Puteri Suraya) akan menemani Shadan sampai dia balik," katanya.

Ditanya kenapa dia sanggup menerima Shadan sebagai menantunya, Raja Azmi secara spontan menjawab dia ingin menimang cucu-cucu.

"Saya nak anak-anak cucu.. Walaupun dia merupakan pengarah filem, dia tidak ambil kesempatan dari situ... dan saya mendidiknya macam anak saya juga.

"Dia seorang yang sangat beriman," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan