Robbie Williams tinggal di rumah 'berhantu'

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Williams tinggal di sebuah rumah mewah bernilai $11.5 juta yang sebelum ini didiami oleh isteri keenam Henry VIII, Catherine Parr. - foto AP
Williams tinggal di sebuah rumah mewah bernilai $11.5 juta yang sebelum ini didiami oleh isteri keenam Henry VIII, Catherine Parr. - foto AP

BINTANG pop British, Robbie Williams merasakan rumahnya berhantu, tetapi dia langsung tidak berasa takut.

Menurut sebuah laporan, Williams tinggal di sebuah rumah mewah bernilai $11.5 juta yang sebelum ini didiami oleh isteri keenam Henry VIII, Catherine Parr.

"Saya rasa rumah saya ada hantu. Saya tidak pernah nampak atau dengar. Tetapi saya merasai sesuai, namun ia tidak menyeramkan. Saya amat bangga untuk menyatakan bahawa ia adalah rumah lama Catherine Parr," katanya.

Williams berpindah semula ke Britain awal tahun ini untuk membuat persiapan kemunculan semulanya di arena ini.

"Saya tidak sangka saya membeli sebuah rumah berusia 500 tahun kerana jika seseorang berusia 26 atau 27 tahun, mustahil saya akan memilih untuk berada di situ atau pergi berdekatan tempat itu.

"Namun, ia adalah sebuah rumah yang menarik," tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan