Matt Damon seronok naikkan berat badan

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktor berusia 38 tahun itu perlu menaikkan berat badan sebanyak 13.6 kg untuk wataknya di dalam filem 'The Informant'. - foto AFP
Aktor berusia 38 tahun itu perlu menaikkan berat badan sebanyak 13.6 kg untuk wataknya di dalam filem 'The Informant'. - foto AFP

AKTOR Hollywood Matt Damon berkata, dia seronok bekerja untuk filem The Informant kerana dia boleh makan sesuka hati dan tidak perlu bersenam.

"Amat mudah untuk naikkan berat badan. Amat menyeronokkan...mungkin kerja yang paling seronok yang pernah saya buat kerana saya tidak perlu ke gym dan boleh makan apa saja," kata Damon.

Aktor berusia 38 tahun itu perlu menaikkan berat badan sebanyak 13.6 kg untuk wataknya di dalam filem.

Untuk menaikkan berat badannya itu, dia sering menikmati McDonald serta snek-snek lain.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan