Oprah Winfrey mahu dedikasi sebuah episod kepada MJ

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oprah mahu mendedikasikan sebuah episod khas buat Michael Jackson. - foto AP
Oprah mahu mendedikasikan sebuah episod khas buat Michael Jackson. - foto AP

HOS rancangan temubual, Oprah Winfrey, merancang untuk mendedikasikan sebuah episod yang akan datang dalam rancangan 'The Oprah Winfrey Show' kepada lagenda pop, Michael Jackson.

Winfrey Harpo Productions telah mengumumkan episod tersebut akan disiarkan pada 16 September ini. Dalam episod tersebut akan menayangkan temubual eksklusif Oprah bersama Michael pada tahun 1993," lapor satu sumber.

Menurut satu siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Harpo Productions mengatakan Oprah akan mengingati raja pop tersebut dimana sebelum ini tidak pernah didedahkan mengenai butiran peribadinya dari temubual itu.

'The Oprah Winfrey Show' yang kini sudah masuk 24 musim ini akan mengadakan satu tayangan perdana pada 14 dan 15 September ini dengan dua bahagian temubual bersama penyanyi, Whitney Houston.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan