Katie Price mahu anaknya, Harvey panggil Alex Reid 'ayah'

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Katie Price menyuruh anaknya, Harvey supaya memanggil Alex Reid sebagai 'ayah'. foto-AFP
Katie Price menyuruh anaknya, Harvey supaya memanggil Alex Reid sebagai 'ayah'. foto-AFP

MODEL terkenal Katie Price dikatakan telah menyuruh anaknya, Harvey supaya memanggil kekasihnya, Alex Reid sebagai 'ayah'. Apabila perkara itu sampai ke pengetahuan Peter Andre, dia sangat marah.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Mysterious Girl' itu kecewa dengan tindakan Katie yang mengunakan anak mereka yang kurang upaya sebagai buah catur dalam kes cerai mereka, lapor sebuah akhbar.

Sumber dalaman memberitahu: "Bagi Peter perbuatan Katie itu sudah keterlaluan.

"Dia (Peter) tidak mahu sama sekali Harvey menanggap Alex sebagai bapanya. Ia sesuatu yang tidak boleh diterimanya.

"Walaupun Peter bukanlah ayah kandung kepada Harvey, tetapi dia sudah menjaga Harvey sejak baru berusia setahun dan dia juga menganggap Harvey seperti anaknya sendiri.

"Dia akan sakit hati sekiranya Princess dan Junior datang menziarahinya sementara Harvey terpaksa tinggal di rumah seolah-olah dia telah membuat satu kesalahan.

Katie sebelum ini mengalang Peter daripada membawa Harvey pergi bercuti bersama-sama dengan dua orang anak mereka, Princess Tiaami dan Junior.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan