Datuk Shake ikut jejak Jamal Abdillah

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Shake bakal mengadakan konsert muzikal pada Jun 2010. -foto mStar oleh SITI AZIRA
Datuk Shake bakal mengadakan konsert muzikal pada Jun 2010. -foto mStar oleh SITI AZIRA

SETAHUN selepas penyanyi tersohor Jamal Abdillah menjayakan konsert muzikal ‘Konsert Jamal Kembara Seniman’, seorang lagi penyanyi popular dikenali sebagai Datuk Shake akan menghiburkan peminatnya di Istana Budaya pada Jun 2010.

Menurut Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Sheikh Ahmad, dia begitu mengagumi bakat nyanyian Jamal dan tanpa teragak-agak ingin mengikut jejak penyanyi yang popular dengan lagu ‘Azura’ dan ‘Kekasih Awal dan Akhir’ itu untuk mengadakan sebuah konsert muzikal sendiri.

Penyanyi yang asalnya dikenali menerusi lagu bahasa Perancis ‘Tu sais je t'aime’ (You know I love you) ini dijangka akan mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti ‘Umi’, ‘Lina’, ‘Rembulan’, ‘Pulangkan’ dan ‘Anugerah Dari Kegagalan’ dalam tempoh tiga jam.

“Saya dah berjanji dengan peminat-peminat lama untuk mengadakan konsert untuk mengubat rindu mereka di sini. Jadi, saya ingin tunaikan janji dengan mereka sejak 10 tahun lalu.

“Dalam masa yang sama saya ingin menarik lebih ramai peminat yang baru. Insya-Allah, saya akan mempersembahkan sesuatu yang istimewa kerana mereka semestinya menjangkakan sesuatu yang menarik untuk ditonton.

“Mungkin ini persembahan ‘one for the road before stop’,” ujarnya yang berhubung dengan para peminatnya menerusi laman web rasminya, www.datoshake.com.

Ujar anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini, dia akan mengambil kira pendapat peminatnya juga dalam menentukan lagu yang akan dipersembahkan nanti.

Dengan usianya yang telah melewati 58 tahun sekarang, Shake akui dia perlu melihat kapasiti dan tenaga yang mampu diberikan.

Oleh itu, Shake yang bersyukur kerana dikurniakan tubuh badan yang sihat tanpa sebarang penyakit itu akur untuk mengekalkan kesihatannya supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Saya perlu ‘maintain’ dengan kesihatan sekarang dan sentiasa melakukan ‘exercise’. Alhamdulillah, setakat ini saya tiada masalah untuk menyanyi dalam tempoh dua hingga tiga jam.

“Saya rasa setiap penyanyi mengetahui rahsia mereka tersendiri. Jangan abaikan tenaga dan jiwa seni.

“Once believe in yourself, jangan separuh-separuh..Jiwa seni itu penting dalam hati setiap artis,” pesannya yang turut akan melakukan sedikit persembahan tarian ketika mengalunkan lagu-lagunya di pentas Istana Budaya itu nanti.

Shake juga dalam proses untuk menerbitkan album terbarunya yang dijangka akan berada di pasaran pada Januari atau Februari tahun depan sebelum konsert di Istana Budaya dipentaskan.

“Saya membuat album terbaru ini untuk menarik lebih ramai orang baru yang tidak mengenali saya.

“Saya juga menghasilkan album ini atas permintaan ramai peminat termasuk di Perancis, Kanada dan Belgium.

“Album itu masih lagi dalam proses pembikinan. Dalam album tu ada lagu baru dan lagu lama yang akan dinyanyikan semula dengan versi yang baru.

“Maksudnya, dari segi instrumentalnya agak berlainan dan lebih menonjolkan siapa saya sekarang.

“Misalnya, perjalanan muzik, production arrangement, pengalaman nyanyian dan nada suara saya.

“Saya masih menyanyi dengan menggunakan nada suara yang lama tetapi emosi seni kata lagu itu lebih mendalam,” jelasnya yang turut merahsiakan tajuk lagu baru dalam album itu.

Dalam perkembangan lain, Shake juga akan terlibat dengan projek makan malam amal bakti di Johor, Melaka dan Kuala Lumpur pada Disember nanti termasuk membuat persembahan undangan buat pertama kalinya di Singapura.

Gembira bersua dengan teman lama

Shake yang sempat beramah mesra dengan teman seperjuangannya dalam industri seni ini di majlis berbuka puasa bersama seniman dan seniwati terkenal tanah air tidak henti-henti memuji kehebatan Jamal.

“Saya gembira sangat apabila dapat bertemu dengan Jamal kerana tidak ramai penyanyi lelaki yang betul-betul berjaya sepertinya.

“Saya juga seronok dapat berjumpa dengan artis lain seperti Zaiton Sameon..,” luahnya dalam nada gembira.

Kata Shake, tahun ini dia sekeluarga akan pulang beraya ke kampungnya di Johor Bahru, Johor dan melawat sanak-saudaranya di seluruh Malaysia selepas empat tahun beraya di luar negara termasuk tahun lepas di Paris, Perancis.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan