Katherine Heigl berjaya berhenti merokok

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktres AS Katherine Heigl ketika menghadiri tayangan perdana filem 'The Ugly Truth' di Leicester Square, London. foto- REUTERS
Aktres AS Katherine Heigl ketika menghadiri tayangan perdana filem 'The Ugly Truth' di Leicester Square, London. foto- REUTERS

AKTRES Katherine Heigl dilaporkan telah berjaya membuang tabiat ketagihannya terhadap rokok.

Bintang filem 'Knocked Up' itu sebelum ini mengatakan dia sudah lama mahu berhenti merokok.

Menurut laporan dia dikatakan sudah tidak pernah merokok sejak sebulan yang lepas.

"Dia kini kelihatan lebih sihat daripada sebelumnya," kata seorang sumber yang rapat dengan Katherine.

Sebelum ini Katherine berkata: "Saya mula belajar merokok semasa berusia 24 tahun. Waktu itu saya tidak berfikir panjang.

Katherine sebelum ini mahu berhenti merokok pada bulan Julai.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan