Jac: Isu sensitif kalau tidak dikawal akan hancurkan nikmat perpaduan

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Winnie Kok berkongsi pendapat mengenai 1Malaysia di konti SuriaFM baru-baru ini.-foto THE STAR oleh LOW LAY PHON
Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Winnie Kok berkongsi pendapat mengenai 1Malaysia di konti SuriaFM baru-baru ini.-foto THE STAR oleh LOW LAY PHON

KETIKA Jaclyn Victor mengalunkan lagu 'Inilah Malaysia' untuk pertandingan pencarian lagu '1Malaysia Kita' baru-baru ini, dia terasa semangat patriotisme menyelinap di dalam jiwanya.

Namun di sebalik perasaan ini, Jaclyn yang lebih mesra dengan panggilan Jac bersyukur kerana semua orang tidak kira bangsa dan agama dapat hidup bersatu-padu di bawah konsep 1Malaysia.

"Lirik lagunya berkisar kepada bagaimana kita boleh bersatu-padu dan menjadi 'satu'," ujar Jaclyn sambil bersenandung lagu tersebut ketika ditemui di Breakfast Show SuriaFM untuk segmen khas '1Malaysia', Khamis lalu yang turut dihadiri artis Faizal Tahir dan Winnie Kok Mui Kuan.

Dalam pertandingan tersebut, Faizal Tahir diumumkan sebagai juara menerusi lagu 'Malaysia Satu' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun tiada sekelumitpun perasaan sedih atau kecewa bersarang di hati Jac kerana kesemua 10 lagu patriotik dalam pertandingan tersebut adalah baik-baik belaka. "Projek '1Malaysia Kita' adalah satu projek yang baik dan bertujuan untuk mengasah kreativiti semua peserta pertandingan.

"Saya amat berterima kasih kepada Taja Meet Uncle Hussain (MUH) kerana memberikan peluang kepada saya untuk membawakan lagu patriotik tersebut," katanya.

Jac menyematkan sedikit nasihat kepada para pendengar lagu-lagu patriotik tersebut: "cari mesej tersirat melangkaui melodinya". "Saya selalu menasihatkan sesiapa pendengar lagu-lagu patriotik tersebut agar menghayati lirik lagu-lagu tersebut.

"Kalah dan menang soal kedua. Sebagai seorang penyanyi, saya akan cuba memahami lirik lagu itu sebelum mendendangkan lagu tersebut," kata Jac.

Ditanya tentang keistimewaan lagu 'Inilah Malaysia', Jac memberitahu, ia adalah lagu yang mudah dan ringkas serta melodinya pun menarik. "Saya dapat mengingati lagu tersebut dengan cepat. Komposer cuma mengambil masa sehari dua untuk menyiapkan lagu tersebut," katanya. Biarpun Hari Kemerdekaan telah berlalu, Jac mengajak orang ramai untuk menghayati erti lagu-lagu patriotik tersebut.

"Kita sering terlupa isu-isu kecil dan sensitif sekiranya tidak dikawal dengan baik akan menghancurkan nikmat perpaduan rakyat negara ini.

"Sekiranya anda ingin dihormati, anda perlu menghormati orang lain. Tiada sesiapa yang lebih dominan kerana kita semua adalah sama," katanya dengan penuh semangat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan