Anita Sarawak ilustrasi kisah hidup dalam 'Maafkan'

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anita Sarawak bergambar bersama suami, Mahathir Abdullah, selepas majlis pelancaran single raya 'Maafkan' di Al-Halabi Lounge, Hotel J.W Marriott. - foto THE STAR oleh SAMUEL ONG
Anita Sarawak bergambar bersama suami, Mahathir Abdullah, selepas majlis pelancaran single raya 'Maafkan' di Al-Halabi Lounge, Hotel J.W Marriott. - foto THE STAR oleh SAMUEL ONG

SIAPA yang tidak kenal dengan diva pop Malaysia, Anita Sarawak yang telah lama berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air dengan lagu-lagu hitnya seperti 'Akhirnya Kini Pasti', 'Tragedi Buah Epal', 'Bawalah Daku Pergi' dan banyak lagi.

Sejak Pulang ke Malaysia tujuh tahun dahulu selepas 16 tahun menyanyi di Caesar's Palace di Las Vegas, Anita telah merakamkan dua buah album iaitu sebuah album Melayu bertajuk 'Seksis' yang melonjak sebagai album single terbaik dan sebuah album jazz Inggeris 'Another Dimension' yang menobatkannya semula sebagai diva seni tanah air.

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Anita tampil dengan sebuah lagu baru bertajuk 'Maafkan'. Setelah 43 tahun berkarya sebagai penyanyi, 'Maafkan' adalah lagu pertama Anita istimewa untuk Hari Raya.

Anita yang ditemui pada majlis pelancaran lagu 'Maafkan' yang berlangsung di Al-Halabi Lounge, Hotel J.W Marriott, Kuala Lumpur, mengatakan dia begitu terpesona dengan keindahan lirik dan lagunya malah begitu gembira untuk menyanyikannya. "Saya terpesona dari saat pertama saya mendengar lagu ini... Melodinya sungguh indah dan liriknya pula membuat kita memikirkan tentang anugerah kehidupan dan insan-insan yang bermakna dalam hidup kita.

"Saya mendapat inspirasi untuk merakamkan lagu ini daripada suami saya, Mahathir Abdullah, yang sentiasa hadir menyumbangkan idea-idea kreatifnya.

"Bagaimanapun, pujian patut diberikan kepada pencipta lagu ini iaitu Helen Yap, Johan Nawawi dan Haslan Hussain.

"Tidak lupa juga kepada pasukan penerbit yang membenarkan kami menyumbangkan idea dan sedikit perubahan dalam sesi rakaman," kata penyanyi yang berusia 57 tahun ini.

Anita juga mengatakan dia tergerak untuk merakamkan lagu ini yang diterbitkan bersama Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) disebabkan kemurnian temanya yang berkisar tentang kemaafan.

"Lagu ini membawa pengertian yang ringkas tetapi bermakna... selain memohon maaf di atas segala dosa dan kesilapan, kita dipinta memanjatkan kesyukuran di atas rahmat Tuhan, lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.

"Sebab itu juga saya minta Johan membuat sedikit perubahan pada awal lagu ini di mana saya minta dimasukkan elemen tiupan seruling agar ada rasa syahdu serta menggamit memori bila kita mendengar.

"Konsep 'Maafkan' juga sebenarnya meluas, bukan pada Hari Raya sahaja, bagi Anita perkataan maaf ini sesuatu yang indah dan perasaan memaafi antara satu sama lain sangat baik," katanya.

Selain lagu 'Maafkan' Anita dan AESB turut menerbitkan muzik video sebagai ilustrasi kepada kisah peribadi penyanyi kesayangan ramai ini.

Muzik video ini menggambarkan perasaan pilu Anita sewaktu di zaman kanak-kanak setiap pagi Raya apabila terpaksa akur beraya dengan hanya salah seorang dari ibu atau bapanya eskoran perceraian di antara mereka. "Ini adalah pengalaman pahit bagi seorang kanak-kanak. Sukar untuk diterima, lebih-lebih lagi apabila melihat kanak-kanak lain yang bernasib baik seronok beraya lengkap dengan keluarga tersayang.

"Lagu dan klip video ini sangat bermakna bagi saya kerana saya telah belajar untuk memberi maaf dan bersyukur dengan apa yang ada pada saya dan apa yang telah saya capai selama ini," jelas Anita sambil menahan sebak bila mengimbas kembali kenangan zaman silamnya.

Menurut Anita lagi, dia berhasrat untuk menghasilkan sebuah autobiografi mengenai cerita hidupnya untuk dikongsi bersama peminat-peminatnya.

"Anita berharap dapat menghasilkan sebuah buku biografi tentang kisah hidup Anita untuk dikongsi bersama peminat.

"Bagi Anita sekarang berkongsi segalanya adalah penting, bukan lagi zaman untuk kejar glamour atau nak cari duit.

"Insya-Allah kalau panjang umur saya, saya akan hasilkan buku tersebut dan semua cerita akan ditulis dalam buku tersebut... segala cerita tentang saya yang orang tidak tahu akan ditulis dalam buku tersebut.

"Tapi semuanya saya serah kepada Tuhan kerana saya tahu Tuhan yang banyak merencanakan kehidupan saya... andai kata Tuhan membuka pintu hati saya untuk segera menghasilkan buku tersebut, saya akan hasilkan dengan segera," Ujar Anita.

Muzik Video 'Maafkan' bakal ke udara secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria pada 13 September pada jam 10 malam.

Kepada para peminat lagu ini (pelanggan Maxis sahaja), boleh muat turun ringtone lagu ini dengan mendail *131*142571# dan hantar (send) manakala untuk mendapatkan true tone, taip GET 116908622 dan hantar ke 32323.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan