Renee Zellweger bertemu keluarga Bradley Cooper

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Renee Zellweger disukai ahli keluarga Bradley Cooper kerana pandai mengambil hati. - foto AP
Renee Zellweger disukai ahli keluarga Bradley Cooper kerana pandai mengambil hati. - foto AP

BRADLEY COOPER yang kini bercinta dengan Renee Zellweger telah membawa Renee bertemu ahli keluarganya.

Pasangan ini dilaporkan telah menjalinkan hubungan mereka secara rahsia sekitar Julai dan telah diketahui ketika mereka bercuti di Barcelona, Sepanyol.

Selepas mereka pulang ke New York, Cooper telah membawa Renee bertemu keluarganya di Philadelphia, Pennsylvania.

Keluarga Cooper amat menyukai Renee dimana dia kelihatan menarik dengan membawa sekotak kek cawan dan sejambak bunga semasa dia pergi bertemu keluarga Cooper.

Cooper juga kini merancang untuk berpindah dari Los Angeles ke New York agar dapat dekat dengan Renee. Dia sedang memikirkan untuk berpindah ke sana. Pasangan ini amat gembira bila dapat bertemu antara satu sama lain.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan