Hukuman Chris Brown didedahkan

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chris Brown akan melakuka kerja amal seperti mencuci kereta, mengutip sampah, membersihkan lukisan grafiti dan berbagai lagi. - foto AFP
Chris Brown akan melakuka kerja amal seperti mencuci kereta, mengutip sampah, membersihkan lukisan grafiti dan berbagai lagi. - foto AFP

BUTIRAN bagi perintah khidmat komuniti ke atas Chris Brown telah didedahkan di mana penyanyi tersebut perlu membasuh kereta, mengutip sampah dan membersihkan lukisan grafiti pada dinding sebagai hukumannya memukul bekas kekasihnya, Rihanna.

Penyanyi berumur 20 tahun ini telah dikenakan hukuman lima tahun dalam pemerhatian dan diarahkan untuk melakukan kerja amal di Virginia selepas mengaku telah menyerang Rihanna pada Februari 2009.

Kini senarai tugasan Brown telah didedahkan dalam satu surat daripada Ketua Polis Virginia, Bryan Norwood kepada mahkamah di Los Angeles di mana dia telah dijatuhkan hukuman tersebut.

Isi kandungan surat tersebut berbunyi, 'Seperti yang saya faham pihak mahkamah ingin menjatuhkan hukuman melakukan kerja-kerja amal sebagai seorang buruh. Oleh itu, kami bersedia untuk memberi Brown tugas sebagai seorang buruh seperti membersihkan lukisan grafiti, mengutip sampah sarap, mencuci kereta, kerja pembersihan dan berbagai lagi.'

Di dalam surat tersebut juga dinyatakan Brown akan dipaksa untuk membayar bil bagi keselamatannya semasa menjalani hukuman kerana bagi mengelakkan orang awam mengetahui tempat dia beraad dan menyerangnya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan