Katie Price akui dia pernah dirogol

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Katie Price buat pendedahan mengejutkan mengatakan dia pernah dirogol. foto-AFP
Katie Price buat pendedahan mengejutkan mengatakan dia pernah dirogol. foto-AFP

PENDEDAHAN yang mengejutkan itu dibuat selepas dia mempertahankan watak pasangannya Alex Reid dalam filem sebuah gangster yang memaparkan adengan rogol.

Katie 31, berkata: "Hati saya sangat terguris apabila mendengar perkataan rogol. Saya pernah dirogal lebih daripada sekali ketika masih, muda. Tiada yang lebih teruk pernah berlaku keatas diri saya selain daripada itu.

"Saya sebenarnya tidak mahu bercakap perkara ini, tapi saya rasa perlu bagi saya untuk menjelaskannya kerana saya terkilan sering didakwa tidak serius dengan perkara yang melibatkan maruah seorang wanita," katanya.

Katie menceritakan perkara itu selepas, kekasihnya, Alex dikritik hebat kerana melakukan adegan rogol dalam filem baru lakonannya, 'Killer Bitch'.

"Saya terkejut dengan tajuk di dada akhbar yang mengatakan Alex mengambil bahagian dalam perbuatan yang mengagung-agungkan perbuatan rogol. Ini semua gila dan tidak benar.

"Dia hanya berlakon. Bukan melakukan seks. Dia masih lagi memakai seluarnya," katanya lagi.

Ibu kepada tiga orang itu tidak dapat menahan daripada menitiskan air mata apabila mendedahkan tentang kejadian yang menimpanya itu dalam satu rancangan temuramah bersama Piers Morgan.

Jelas Katie: "Saya dan dua orang kawan saya telah dirogol ketika kami masih lagi berusia enam tahun. Ketika itu seorang lelaki berjanji membelikan aiskrim sekiranya kami bersetuju dia menyentuh kami.

Katie Price sebelum ini sudah menerbitkan tiga autobiografi mengenai dirinya tetapi tiada satupun yang ada menceritakan tentang insiden itu.

Bekas suaminya, Peter Andre dan kawan-kawannya yang lain terkejut dengan pendedahan terbaru Katie itu.

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan