Batman dinobatkan sebagai watak Hero paling disukai di Britain

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Keaton sebagai Batman.
Michael Keaton sebagai Batman.

HERO 'Batman' dipilih sebagai karektor kartun yang paling digemari dalam satu undian yang di buat di Britain.

'Spider-Man' jatuh ditempat yang kedua dan diikuti oleh 'Superman'.

Watak Batman berkisarkan seorang billionaire yang bernama Bruce Wayne yang menjaga keamanan di Gotham City. Ia diadaptasi dalam bentuk animasi dan filem.

Satu permainan video yang baru 'Batman: Arkham Asylum' telah berada di pasaran minggu lepas.

"Dialah watak kartun yang paling hebat dan sentiasa diingati," kata editor laman web SFX, Dave Golder.

'Wolverine' dan 'Iron Man' juga termasuk dalam kelompok lima teratas.

10 hero watak kartun yang paling diminati di Britain adalah:

1. Batman

2. Spider-Man

3. Superman

4. Wolverine

5. Iron Man

6. Green Lantern

7. Captain Britain

8. Deadpool

9. Daredevil

10. Hulk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan