Raja Azmi ingin 'meminang' Osman Ali, Nasir Jani untuk mengarah '... Dalam Botol'?

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sesi fotografi pelakon dan kru produksi filem '... Dalam Botol'. -foto MSTAR
Sesi fotografi pelakon dan kru produksi filem '... Dalam Botol'. -foto MSTAR

GIMIK pencarian dua teraju utama filem '... Dalam Botol' sudahpun berakhir di mana pelakon Ghaus dan Ruby telah terpilih oleh undian SMS, namun pengarah filem tersebut masih belum dikenalpasti ekoran pengarah Shadan Hashim menarik diri di saat-saat akhir pembikinan filem tersebut.

Pada Selasa lalu, sewaktu Wan Raja diumumkan memegang watak Ghaus dan Arja Lee sebagai Ruby dalam filem kontroversi itu, dua nama pengarah tersohor bermain-main di kotak fikiran penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman.

"Dua pengarah filem berlegar di kotak fikiran saya ialah pengarah Osman Ali dan Nasir Jani. Dua pengarah baru itu belum tahu lagi sama ada mereka menerima. Insya-Allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk "meminang" mereka.

"Saya pernah melihat hasil kerja Osman Ali. Pengarahan filemnya mempunyai 'roh'. Saya dapat melihat aktor dan aktres menterjemahkan 'rohnya' menerusi filem tersebut.

"Karakter-karakter yang dimainkan adalah hidup. Saya amat berminat dengan pengarahan serta aliran filemnya," kata Raja Azmi yang meminati filem-filem arahan Osman Ali seperti 'Puaka Tebing Biru', 'Buka Api', 'Ayam Patah' dan 'Anak Halal'.

Mengenai pengarah Nasir Jani pula, Raja Azmi menjelaskan Nasir seorang pengarah yang berani dalam pengarahannya.

"Kerana dia (Nasir) pengarah yang berani, saya rasa adalah baik untuk dia tampil kembali mengarahkan filem '... Dalam Botol' selepas menyepikan diri seketika," ujar Raja Azmi yang masih belum dapat menghubungi Nasir.

Isteri bekas pemain badminton negara Jalani Sidek ini juga berkata, dia telah menghubungi Osman Ali dan setakat ini, pengarah itu berminat untuk mengarah filem tersebut.

"Bagaimanapun, kami masih sedang berbincang," katanya.

Ditanya sebab Shadan menarik diri, Raja Azmi berkata, Shadan yang kebetulan bakal menantunya, memberitahunya dia tidak dapat menjiwai isu homoseksual yang dibawakan dalam filem tersebut.

"Oleh itu, dia menarik diri di peringkat awal agar tidak merosakkan sasaran dan matlamat filem saya," jelasnya.

Ditanya pula sama ada bakal menantunya, Shadan menarik diri untuk mengelakkan isu kroni timbul kembali, Raja Azmi berkata: "Jika ia adalah melibatkan isu kroni, saya tidak menawarkan peluang tersebut di peringkat awal lagi."

Shadan bakal bertunang dengan anak Raja Azmi, Puteri Suraya pada 9 September 2009 jam 5:30 petang di Ulu Klang, Ampang.

Apa pula yang terjadi dengan pengarah Adlin Aman Ramlie yang sebelum ini dilaporkan sepatutnya menjadi pengarah '... Dalam Botol'?

Menurut Raja Azmi, Adlin Aman hanyalah pengarah 'casting' yang memilih enam calon pelakon untuk filem '... Dalam Botol'.

"Dia tidak pernah mengarah... Dia buat skrip sahaja dan merupakan penolong pengarah filem 'Haru Biru'," katanya sambil menambah Adlin Aman sendiri sedang sibuk mengarahkan drama dan telefilem.

PERTUNANGAN SHADAN-PUTERI SURAYA

Shadan bakal bertunang dengan anak Raja Azmi, Puteri Suraya pada 9 September ini, jam 5.30 petang di Ulu Klang, Ampang.

Menurut Raja Azmi, dia telah membuat persiapan untuk majlis pertunangan itu yang penuh dengan adat-istiadat sejak beberapa minggu lepas.

"Saya sendiri menghiaskan hadiah-hadiah pertunangan. Majlis itu serba ringkas tetapi meriah," katanya yang tidak dapat menggambarkan kegembiraan anak perempuan bakal bertunang minggu depan dan berkahwin pada Februari tahun depan.

Di mata Raja Azmi, Shadan yang bekerja dengannya kira-kira 15 tahun itu adalah seorang yang degil, berkarakter tegas dan sangat rajin.

Menurut Raja Azmi, dia selalu berhajat Shadan menjadi anaknya tetapi dia juga akur semuanya terpulang kepada anak perempuannya, Puteri Suraya sama ada dapat menerimanya.

"Selama ini, dia (Shadan) telah menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Dia selalu berada di rumah saya dan berkawan dengan anak saya.

"Sehinggalah awal tahun ini, saya perasan mereka bercinta dan saya telah bersemuka dengan mereka. Apabila mereka mengakui soal itu, maka saya telah menyarankan agar mereka berkahwin," kata Raja Azmi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan