Isu teman lelaki: Maiza malas komen!

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEJAK rezeki Maizawati Zainal mencurah-curah kala ini, ramailah pihak yang mula memerhatikan dirinya termasuklah bekas suaminya, Akhil Hayy.

Maizawati atau lebih mesra disapa Maiza menjadi perhatian ramai sejak berita penceraiannya tersebar luas menerusi media cetak mahupun media elektronik.

Wanita yang kini bergelar ibu tunggal ini semakin tabah dalam menempuhi kehidupan ini selepas diceraikan oleh penyanyi dan penceramah bebas itu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Kini, dia sedang menjalani edah dan bekas suaminya yang popular dengan gelaran ‘ustaz’ itu seakan-akan tidak bersetuju apabila Maiza mengambil langkah untuk menceburi kerjaya dalam industri hiburan ini.

Sekarang, Maiza sudah bergelar duta Koleksi Tudung Myza dan BondaMama anjuran Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN) serta terbaru pelakon iklan komersil biskut D.Haiz Cookies.

Selepas ini, mungkin dia akan bergelar penyanyi pula kerana ada ura-ura mengatakan Maiza akan merakamkan single terbarunya dalam masa terdekat ini.

Baru-baru ini, Akhil pernah mengeluarkan kenyataan yang dia tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh Maiza kerana bekas isterinya itu masih dalam edah.

Lantaran itu, Akhil juga mendakwa bekas isterinya itu sudah mempunyai teman lelaki sekarang melalui sumber terdekatnya.

Ditanya kepada Maiza mengenai isu itu, wanita yang mempunyai enam orang anak ini hanya bertindak untuk mendiamkan diri dan tidak membalas kata-kata yang dikeluarkan oleh Akhil.

“Saya tak nak komen. Sudah habis tu, habislah..tiada apa-apa antara kami..kenapa nak sibuk-sibuk lagi?..,” ulas Maiza yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan satu demi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Akhil sejak mereka bercerai.

Sebelum ini, Maiza pernah memberitahu yang dia memilih karier sebagai duta produk dan pelakon iklan komersil untuk menyara dua orang anaknya dengan bekas suami terdahulu dan ibunya yang tinggal bersamanya di Ipoh, Perak.

Akhil juga terlebih dahulu sudah menegur Maiza tentang statusnya yang masih dalam edah lantas menasihatkan wanita itu hanya berada di rumah, tidak bersolek tebal dan meminta izin daripadanya jika ingin keluar dari rumah atau melakukan kerja ‘baru’nya itu.

Bagaimanapun, Maiza selepas itu membidas kata-kata Akhil dengan mengatakan dia sudah pun meminta izin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Nampaknya kemelut antara Maiza dan Akhil masih belum terhenti walaupun mereka sudah berpisah.

Maiza pula seakan-akan mahukan pertelagahan ini berakhir secepat mungkin sehingga sudah rimas dan tertekan dengan asakan demi asakan yang dilemparkan kepadanya.

“Berilah saya bernafas..,” luah Maiza akhirnya.

Selepas rentetan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidup Maiza dan Akhil, terdapat pelbagai komen positif mahupun negatif yang diterima oleh kedua pasangan bekas suami isteri ini.

Maiza turut mengambil komen-komen positif daripada pelayar-pelayar internet yang menasihatkan dia untuk tidak mengambil cakna tentang apa yang dikatakan oleh Akhil kerana lelaki itu sudah tidak mempunyai kena-mengena dalam hidupnya secara rasmi kini cuma Akhil boleh dikatakan sebagai bapa kepada empat orang anak hasil perkahwinan mereka.

“Kita sudah bawa haluan masing-masing..maknanya dia sudah tiada kena-mengena dengan saya lagi,” akhiri Maiza.

Akhil telah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Waheeda yang selama ini digosipkan bercinta dengannya manakala Maiza menceburkan diri sepenuhnya sebagai wanita bekerjaya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan