Eja selamat melahirkan bayi perempuan hari ini - Berita Hiburan | mStar

Eja selamat melahirkan bayi perempuan hari ini

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ramadan dan Syawal kali ini memberi makna yang mendalam dan berbeza kepada Eja berbanding sebelumnya dengan kehadiran bayi perempuannya.
Ramadan dan Syawal kali ini memberi makna yang mendalam dan berbeza kepada Eja berbanding sebelumnya dengan kehadiran bayi perempuannya.

PETALING JAYA: Pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja, 37, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.69kg dan setinggi 47cm pada 1.36p.m. hari ini, tiga minggu lebih awal.

"Kedua-dua Eja dan bayi berada dalam keadaan sihat," kata suaminya Mohd. Silahuddin Jamaluddin, 49 menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS).

Aktres jelita tersebut sebelum ini tidak pernah mengiyakan mahupun menidakkan tentang statusnya.

Hakikatnya, Eja telah berkahwin kira-kira 10 tahun yang lalu.

Eja hanya mengaku dirinya sudah berkahwin apabila kandungannya sudah mencecah tujuh bulan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan